Archive for November 2009

Hospital Hello Kitty

wah wah...posting sebelum ni berkaitan bilik hotel tema Hello Kitty. Ni baru je dapat maklumat terbaru dari sahabat saya, kalamHijau...thanks kalamHijau. Kali ni pasal hospital bertemakan Hello Kitty plak. Teringin nak tahu, akhirnya pakcik Google memberi jawapan.

Hospital ni ada di Taiwan (balik-balik kat Taiwan), kononnya untuk terapi khas untuk ibu bersalin.. terapi ek?? Mari kita lihat sejauh mana suasana Hello Kitty tersebut menjadi terapi untuk ibu bersalin..











p/s: Macam mana pula kalau ibu bersalin tu alah dengan pink je memanjang?..huhu..maafla doktor, kalau sayalah, saya nak Tweety..terapi gak tu.hehe..


Sumber : http://bbs.chinadaily.com.cn , http://robotlot.wordpress.com


Monday 16 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Siapa Peminat Hello Kitty??

hehe..pink je rasanya..oops! saya bukan peminat si Hello Kitty ye.jangan salah sangka pulak..tak main la pink ni.hehe..setahu saya, Ogy sahabat baik saya ialah salah seorang peminat Hello Kitty. kan Ogy?? haha..

Macam biasa, hasil carian dengan enjin pencari, terjumpa jugak serba pink. Setahu saya, ramai jugak perempuan yang fanatik dengan color pink ni, termasuklah Hello Kitty ni..ehem ehem..maaf laaa, saya ni peminat Tweety si burung bijak..haha..apa2 la..mari saksikan pemandangan dan suasana gambar-gambar serba pink tersebut, di salah sebuah hotel di Taiwan.
















P/s: huhu.Pening kan tengok pink ni? hehe

Sumber: http://photoscollections.blogspot.com
Posted by AnakBulan
Tag :

Rekabentuk Rumah Yang Pelik di Dunia

Sambil-sambil melayari beberapa website, maka terjumpalah antara benda-benda pelik di dunia iaitu rekabentuk rumah yang jarang dilihat, mungkin juga tidak pernah kita lihat...agak menarik..rasanya macam nak je bina rumah macam tu nanti..arkitek, tolong yaaa..hehe..jom kita tengok rumah-rumah pelik tersebut;



Comey-comey kan?? hehe..tapi, ada gak la yang memang tahap pelik smpai tiada unsur kecomelannya..huhu..

Friday 13 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

DIA insan paling Istimewa

Orang yang paling istimewa yang dimaksudkan ialah ayahku yang sangat tabah dan sabar dengan karenahku sepanjang membesarkan dan mendidikku.. Bagiku dialah antara insan yang amat berharga dalam hidupku, terutama selepas pemergian ibu pergi menyahut panggilan Illahi.


"Ya Allah rahmati dan berkati kedua ibu bapa ku dan sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi ku selama ini"



Gambar-gambar di atas ketika membawa ayah ronda-ronda sekitar Kedah dan Perlis. hmmm best gak..di hadapan Istana Anak Bukit, Kedah dan juga pemandangan ladang tebu terbesar di Malaysia sekitar negeri Perlis dekat dengan sempadan Thailand..sempat lagi pergi ke Padang Besar tunjuk kat ayah tempat membeli belah yang hanya selangkah je nak jejak sempadan Malaysia-Thailand.

Ok..cukup untuk kali ni..sekian dahulu segala maklumat bersempena dengan hari konvo dan jalan-jalan..Sekian, terima kasih.

Posted by AnakBulan

Menang Pingat EMAS di PECIPTA '09

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, berikut disertakan gambar-gambar penting sempena kemenangan mewakili UUM di PECIPTA '09.



Gambar pertama di atas bersama Prof. Madya Fadzilah Siraj, Kak Taniza dan juga ehem ehem..hehe.Gambar kedua pula juga bersama Prof. Madya Fadzilah Siraj selepas pengumuman pemenang..hehe..ok la..malas nak ulas..insyaAllah lepas ni, projek yang menang ni akan mewakili Malaysia pula ke pertandingan di Korea bulan Disember tahun ni. Saya tak ikut la pulak ke Korea..huhu..
Thursday 12 November 2009
Posted by AnakBulan

Kenangan Konvokesyen 05/10/2009 - Review

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar kenangan sempena hari konvokesyen. Gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa. huhu..skema punya ayat..ayat rasmi..wahaha..apa-apa la labuuuu...
Dua gambar di atas bersama sahabat bernama Masni yang juga konvo bersama pada sesi yang sama tapi hari berlainan. Gambar yang ketiga bersama sahabat coursemate Master..kebetulan selepas sesi bersuka ria dengan kamera, ada diskusi assignment kelas master dan pembentangan..huhu...gambar-gambar tersebut sekadar pose bersuka ria di hadapan HEP.huhu..gambar studio bersama ayah akan diusahakan untuk dimuatnaik ke blog saya kemudian..ok..hmmm..dah 3 kali konvo..sijil--> diploma-->ijazah sarjana muda..sebenarnya macam dah tak ada perasaan.hehe..konvo kali keempat nanti insyaAllah harapnya lagi meriah dengan kehadiran ahli keluarga..maklum saja, kali ni ayah seorang sahaja yang hadir..oklah..

Konvo tidak menjanjikan apa-apa selagi ilmu yang diperolehi tidak dipraktikkan dengan sebaiknya..padaku, kualiti seorang graduan ialah seseorang yang mampu merubah keadaan persekitaran hidupnya dan juga orang-orang di sekelilingnya menjadi insan yang lebih berkualiti (duniawi dan ukhrawi) untuk impak keharmonian persekitarannya..waaaa betul ke ayat saya?? hehe..kalau salah tolong betulkan..tapi itulah pandangan peribadi saya..pesan saya untuk adik-adik yang bakal nak konvo tu, jangan terlalu manja dengan kampung halaman ye..tersirat tu maksudnya..hehe...ok..salam sejahtera wahai penghuni duniawi..sekian.
Wednesday 11 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Wajah Baru sempena berakhirnya EXAM


Apa komen anda?? Memandangkan sudah jemu dengan template blog yang lama, maka inilah wajah baru blog saya kali ni..sempena berakhirnya exam kononnya..hehe..apa-apa pun, selamat melayari blog yang tidak seberapanya ini
Tuesday 10 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Nyit Nyoootttt!!! Exam dah habis!

Assalamualaikum dan salam penglipur lara,

waaaaaahhh...lamanya blog ini bersarang. Semuanya kerana tuan empunya blog terlalu 'busy'. Siang bekerja, malam mentelaah pelajaran. Alhamdulillah, kelmarin 08/11/2009 merupakan hari final exam untuk 1 subjek. 2 subjek lagi, tiada final exam. Dengan berakhirnya hari kelmarin, maka berakhirlah sudah semester pertama. Tinggal menanti keputusan exam, dan baki 3 semester lagi insyaAllah. Harapnya semua lulus. huhu...akan tetapi, exam semalam sangat susah dan sangat-sangatlah berbezanya dengan suasana dan persekitaran exam semasa undergraduate dahulu..huhu..doakan kejayaanku..semoga dimudahkan semuanya..

Hmmm sembang pasal undergraduate, maaf kerana masih belum menceritakan kejadian dan peristiwa sekitar konvokesyenku pada 05/10/2009 yang lalu...serta kejayaan di PECIPTA 2009 yang menggondol emas buat UUM. InsyaAllah, masih dalam proses mengedit gambar-gambar kenangan tersebut. Ada masa dan kesempatan, review hari peristiwa tersebut akan dimuat naik ke blog ini..hehe..maaf untuk yang menanti..

Sekian dahulu untuk kali ni. Nak sambung buat kerja. Buat sahabatku nun jauh di Tawau sana, maaf cuti semester kali ni saya tidak dapat pulang kerana kekangan kerja kajian. Kepada sahabat sahabiah yang akan melangsungkan perkahwinan musim cuti sekolah nanti, doaku semoga kalian berbahagia dengan pasangan kalian dan semoga rumahtangga yang dibina diredhai Allah. Amin.




Monday 9 November 2009
Posted by AnakBulan

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -