Archive for December 2008
1430H & Rejim Zionis Israel!
Salam Maal Hijrah 1430H dan salam kasih sayang untuk semua umat islam di pelosok dunia..
Sebagai permulaan yang mendung di petang Sintok ini, ucapan selamat tahun baru Hijri kepada semua sahabat pengunjung blogku. Bersempena dengan tahun baru ini, bukanlah waktunya untuk menyambut dengan belon2 dan air oren seperti tahun baru Masihi. Hebatnya islam itu, apabila ummatnya bersatu padu dan mengenang kembali sejarah silam erti hijrah sebenar. Apapun, dengan kegawatan ekonomi yang kian terasa kini mungkin selaku pelajar di Sintok ini terpanggil untuk berfikir bagaimana untuk memantapkan ekonomi dan bagaimana meraih pekerjaan kelak kiranya sudah bergelar graduan..huhu apa yang aku merepek ni? aahhhh...ligat otakku..
Tujuan sebenar posting kali ni adalah untuk mengucapkan salam maal hijrah. Dalam suasana maal hijrah yang aman damai di negara kita ini, marilah sama-sama kita merasa keperitan maal hijrah di dunia lain, terutama di semenanjung Gaza bersama saudara semuslim kita rakyat Palestin. Serangan daripada Rejim Zionis Israel laknatullah yang bertubi-tubi sehingga menyebabkan lebih 200 warga Palestin dari pelbagai golongan telah syahid. Apa tindakan kita selaku saudara semuslim kepada warga Palestin di daerah sana? adakah cukup sekadar melihat berita, merasa sedih seketika dan doa akhir dan awal tahun baru hijrah untuk diri sendiri sebagai tanda kasih sayang kita dengan mangsa rejim zionis di sana? Pihak berkaitan seperti OIC adakah perlu hanya sekadar ucapan kecaman sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya...
Teringat kata-kata seorang sahabatku.."Alangkah bagusnya kalau kita semua umat islam bersatu padu menentang puak Israel yang semakin melampau! sekiranya setiap seorang muslim cukup dengan meludah dan dikumpulkan kesemuanya, nescaya banjir ludah tanda terkutuknya orang-orang Israel dengan rejim zionisnya!"
Selaku blogger muslim, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengajak kesatuan blogger muslim di seluruh dunia agar sama-sama menunjukkan protes dan mengecam tindakan puak rejim zionis di atas tindakan menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa..sama-sama kita doakan agar mereka di sana lebih kuat dari segi kekuatan rohani dan jasmani untuk menyerang balas puak Israel laknatullah..andai diberi peluang untuk menjadi salah seorang warga Malaysia yang dihantar ke sana, saya sanggup untuk bersama-sama dengan mereka..kerana tiada istilah 'kalah' di sana..antara syahid dan pembebasan fizikal...
Kalau Dibaling Dengan Buah Kelapa Sawit?
Pembuat sepatu Turki terima tempahan dari seluruh dunia
Aku rasa, kalau dibaling dengan buah kelapa sawit tentu harga kelapa sawit di Turki juga menguntungkan..huhu ada kelapa sawit kah di Turki?..bila orang mencari kelapa sawit, tentu Malaysia salah satu negara yang dicari..Lepas tu, Sabah tentulah negeri yang dicari..bolehla kakak sepupuku di Lahad Datu menikmati harga kelapa sawit yang menguntungkan, kerana permintaan dunia yang meningkat..huhu...apa-apa pun, semoga wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi dibebaskan segera. Padaku, beliau antara wartawan yang tidak hipokrit dan boleh dijadikan contoh tauladan kepada wartawan-wartawan seantero dunia. Padan muka Bush! kalau Muntazer al-Zaidi baling dengan kasut busuk lagi hapak, bersabdu-sabdula padan muka Bush! aku sokong...apa la yang aku merapu ni...kerja-kerja! Baiklah..
(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/
(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/
Dunia/20081223075257/Article/index_html)
Praktikal : Teori vs Kemahiran
Salam kasih sayang untuk diriku dan pengunjung blog...
Hari ini genap 9 hari aku praktikal di lembah Sintok ini. Setiap hari ada kalanya sibuk dan tidak sibuk. Biasalah, minggu pertama dan bulan pertama memulakan praktikal. Di sinilah ruang untuk aku praktikkan ilmu teori yang aku pelajari sepanjang 3 tahun di Sintok. Kadang-kadang terfikir juga di otakku, orang yang bijak dari segi teori ni tidak semestinya cemerlang dari segi praktikalnya. 'Belajar untuk lulus exam', begitulah ungkapan yang biasa kudengar dikalangan siswa sisiwi di mana-mana universiti. Hakikatnya, orang yang tidak terlalu bijak dari segi teori selalunya boleh mempraktikkan ilmu lebih baik dari orang yang suka 'menghafal' fakta dari buku nota..huhu..Walaubagaimanapun, jika teori dan praktikal dapat digarab dengan sempurna, sesungguhnya siswa siswi tersebut adalah antara yang cemerlang ditambah lagi dengan sifat rendah diri, ikhlas dan sentiasa ingin tahu...Untuk diriku pula, masih cuba untuk tahu banyak perkara..Antara teori dan praktikal,dua-dua perkara yang penting!