Archive for September 2008

Wahai AnakBulan Jangan Malas-malas

20 September 2008, pagi hari dikala kepala tengah berdenyut..
Hari ni cuaca mendung sejak dari pagi lagi..entah kenapa aku juga terasa 'mendung' sama dengan cuaca hari ini..tak tau nak posting apa..disebabkan rasa tak tau nak posting apa, di sini ada sedikit titipan istimewa khas buat teman-temanku...sama-sama kita hayati..bak kata sahabat sejati, bila sahabat ketawa kita sama ketawa, bila sahabat menangis kita sama menangis dan bila sahabat pening kita sama-sama pening..erk..ye ke..jadi, sama-samala menemani sahabat yang tengah pening dek kerana banyak tugasan ni..huhu


iWM- 3rd Phase codding


Option Explicit

'Load'
Dim X0, X1, X2, X3 As Integer
Dim load As Single

'Dirt'
Dim Y0, Y1, Y2, Y3 As Integer
Dim dirt As Single

'define r as row and c as column'
Dim r, c, counter As Integer
'variable for FAM Table
Dim minValues(1 To 3, 1 To 3) As Integer
'Variable for dimensional array
Dim minValue(1 To 9) As Double
Dim loaded(1 To 9), dirts(1 To 9) As Double


Dim cvLight, cvMedium, cvHeavy, cvLess_Dirty, cvDirty, cvVery_Dirty As Double


'Variable Declaration for subroutine fuzzy_defuzzyfication
Dim rule(1 To 9) As String
Dim actual_time(1 To 9) As Double

Private Sub Command1_Click()


If Combo1.Text = "" Then
MsgBox "Please choose your 'Load' for your cloth in kg"
Combo1.SetFocus
Exit Sub
End If


If Combo2.Text = "" Then
MsgBox "Please choose your 'Dirt' for your cloth in degree"
Combo2.SetFocus
Exit Sub
End If

'Fuzzification for Load'
Call Fuzzification_Load

'Fuzzification for Dirt'
Call Fuzzification_Dirt

'for call Famtable'
Call FamTable1

'for call defuzzyfication
Call Fuzzy_defuzzyfication
End Sub

Private Sub Fuzzification_Load()

'define Combo1.Text as Load'

'VALUE FOR MEMBERSHIP FUNCTION GRAPH OF LOAD'
X0 = 4
X1 = 6
X2 = 8
X3 = 10

'Zone 1
If load < cvlight =" 1" cvmedium =" 0" cvheavy =" 0">= X0 And load < cvlight =" (X1" cvmedium =" (load" cvheavy =" 0">= X1 And load < cvlight =" 0" cvmedium =" 1" cvheavy =" 0">= X2 And load < cvlight =" 0" cvmedium =" (X3" cvheavy =" (load" text =" cvLight" text =" cvMedium" text =" cvHeavy">= X3 Then
cvLight = 0
cvMedium = 0
cvHeavy = 1

Text1.Text = cvLight
Text2.Text = cvMedium
Text3.Text = cvHeavy

End If

End Sub

Private Sub Fuzzification_Dirt()

'define Combo2.Text as Dirt'
dirt = Val(Combo2.Text)

'VALUE FOR MEMBERSHIP FUNCTION GRAPH OF DIRT'

Y0 = 20
Y1 = 30
Y2 = 70
Y3 = 80

' Zone 1
If dirt < cvless_dirty =" 1" cvdirty =" 0" cvvery_dirty =" 0">= Y0 And dirt < cvless_dirty =" (Y1" cvdirty =" (dirt" cvvery_dirty =" 0">= Y1 And dirt < cvless_dirty =" 0" cvdirty =" 1" cvvery_dirty =" 0">= Y2 And dirt < cvless_dirty =" 0" cvdirty =" (Y3" cvvery_dirty =" (dirt">= Y3 Then
cvLess_Dirty = 0
cvDirty = 0
cvVery_Dirty = 1


End If

End Sub



Private Sub Command2_Click()

Combo1.Text = ""
Combo2.Text = ""
Text1.Text = ""
Text2.Text = ""
Text3.Text = ""
Text4.Text = ""
Text5.Text = ""
Text6.Text = ""
Text7.Text = ""
Text8.Text = ""
Text9.Text = ""
Text10.Text = ""
Text11.Text = ""
Text12.Text = ""
Text13.Text = ""
Text14.Text = ""
Text15.Text = ""
Text16.Text = ""
Text17.Text = ""
Text18.Text = ""
Text19.Text = ""
Text20.Text = ""
Text21.Text = ""


End Sub

Private Sub FamTable1()

'read from input'
Text7.Text = Text1.Text
Text8.Text = Text2.Text
Text9.Text = Text3.Text

Text10.Text = Text4.Text
Text11.Text = Text5.Text
Text12.Text = Text6.Text

Text7.Text = cvLight
Text8.Text = cvMedium
Text9.Text = cvHeavy

Text10.Text = cvLess_Dirty
Text11.Text = cvDirty
Text12.Text = cvVery_Dirty

'need one array to hold confidence value for Load'
loaded(1) = cvLight
loaded(2) = cvMedium
loaded(3) = cvHeavy

'need one array to hold confidence value for Dirt'
dirts(1) = cvLess_Dirty
dirts(2) = cvDirty
dirts(3) = cvVery_Dirty

'looping to calculate min for row and column'
counter = 0
For r = 1 To 3
For c = 1 To 3
counter = counter + 1
minValues(r, c) = Min(loaded(r), dirts(c))
Next c
Next r

minValue(1) = Min(dirts(1), loaded(1))
minValue(2) = Min(dirts(2), loaded(1))
minValue(3) = Min(dirts(3), loaded(1))
minValue(4) = Min(dirts(1), loaded(2))
minValue(5) = Min(dirts(2), loaded(2))
minValue(6) = Min(dirts(3), loaded(2))
minValue(7) = Min(dirts(1), loaded(3))
minValue(8) = Min(dirts(2), loaded(3))
minValue(9) = Min(dirts(3), loaded(3))

'display min value'
Text13.Text = minValue(1)
Text14.Text = minValue(2)
Text15.Text = minValue(3)
Text16.Text = minValue(4)
Text17.Text = minValue(5)
Text18.Text = minValue(6)
Text19.Text = minValue(7)
Text20.Text = minValue(8)
Text21.Text = minValue(9)

End Sub

Function Min(loaded, dirts)
Min = loaded
If (dirts < min =" dirts" uppercoa =" 0" belowcoa =" 0" z0 =" 20" z1 =" 30" z2 =" 40" z3 =" 50" i =" 1" actual_time1 =" z0" actual_time2 =" z3" actual_time1 =" z1" actual_time2 =" z2" j =" 1" uppercoa =" upperCOA" belowcoa =" belowCOA" crispminval =" upperCOA" text =" crispMinVal">





*** Codding not full..selamat memeningkan kepala dengan codding ni..saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Saturday 20 September 2008
Posted by AnakBulan

18 Ramadhan 1429H





19 Sept 2008 / 19 Ramadhan 1429H, 01:21am


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta seluruh alam. Dialah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam dirafa’kan ke atas rasul akhir zaman Muhammad SAW..

Alhamdulillah, 18 Ramadhan telah berlalu. Namun, sejauh mana penghadaman pesta ibadah bagi kita sebagai individu muslim? Adakah 10 Ramadhan dipertengahan ini mampu dijadikan sebagai latihan untuk ke peringkat 10 Ramadhan terakhir nanti atau boleh dikategorikan sebagai peringkat finalis.. Apa pun jawapan kita, tepuklah dada dan tanya iman. Sahabatku, sama-sama kita renungkan, termasuklah wahai diriku…

Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita tinggalkan pesta ibadah ni. Seharusnya kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah swt masih memberi peluang untuk kita sebagai hambaNya yang hina lagi kerdil ini, untuk menikmati sekali lagi pesta sebegini. Pesta peringkat Antarabangsa yang tiada tolok bandingnya untuk umat Islam seluruh dunia, sekali dalam setahun. Inilah anugerah nikmat yang tidak terhingga dan bonus dari Allah yang seharusnya kita sebagai hambaNya merebut peluang ini. Semoga kita adalah insan terpilih untuk bertemu malam Lailatul Qadar sebagaimana yang diharapkan . Amin.

Bersamaan dengan 18 Ramadhan yang baru sahaja berlalu, barulah aku sedar rupanya banyak lagi kerjaku sebagai siswi yang aku belum setle kan lagi…Artificial Intelligent Project (M-Personality Profiling System), projek Fuzzy Logic, dan projek web..Begitulah resam pelajar, sentiasa sibuk dengan tugasan. Walaubagaimanapun, aku sentiasa rasa bersyukur kerana aku rasa ada saja yang Allah swt permudahkan ranjau perjalanan pengajianku semester ini. Walaupun kadang-kadang disulami dengan perasaan tension sampai ke tahap nak tebang pokok tepi jalan..huhu..perasaan je..biasalah..itulah nikmat study dan pengalaman perasaan yang Allah hadiahkan untuk aku nilai dari sudut positifnya.. :)

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah tumpang mengadu tension kat sahabatku berkaitan dengan projek akhir yang tak setle lagi..alhamdulillah lepas tu stabil jugak la balik..pukul 10.30am kemudian aku ke kuliah mingguan dengan rujukan kitab ‘Permata Yang Digilap Untuk Hati Yang Lalai’. Pengajian ala pondok di kampus, yang disampaikan oleh seorang ustaz yang amat aku sanjungi di sini. Banyak input darpada kuliah tersebut, walaupun ini baru kali ke-2 pengajian dimulakan untuk siswa siswi yang berminat dan insyaAllah akan diteruskan untuk minggu-minggu seterusnya.

Antara isi kuliah yang menarik perhatianku tadi ialah, kewajipan berdakwah dikalangan masyarakat dan juga keutamaan dakwah dengan diri sendiri untuk melawan semua sifat mazmumah dan yang paling penting ialah melawan hawa nafsu. Wajib untuk setiap individu muslim.

Dari sudut gerak kerja pula, perjuangan tanpa ilmu dan jika hanya atas dasar semangat sahaja semestinya mampu menguncupkan kejayaan sasaran dakwah itu sendiri. Setiap gerak kerja yang dilakukan bukan semata-mata kerana persatuan, manusia, atau apa sahaja tapi semuanya semata-mata kerana Allah swt..Itu pastinya jelas untuk semua pendakwah.



Apa yang mencuit hatiku tadi adalah perkaitan antara makhluk ciptaan Allah. Semua yang Allah ciptakan mempunyai sifat-sifatnya sendiri dan ada sebab kenapa Allah mensyariatkan dalam setiap perkara. Kalau dah Allah kata haram, maka haramlah ia. Contohnya ialah perkaitan antara Ayam dan Khinzir..seperti yang kita maklum dari sudut pandangan mata kasar kita sendiri, Khinzir adalah haiwan yang kawasan pembiakannya kotor. Sekiranya, ia ditempatkan di kandang kelas pertama sekali pun (ada makanan khas, bilik aircond, kandang dibasuh 5 minit sekali dengan pancutan air pembersih istimewa) ia tetap HARAM..kerana sifat-sifat binatang itu sendiri. Salah satunya ialah sifat ‘tidak cemburu’ (gitulah kot translation yang mudah untuk sifatnya)..Berbeza dengan sifat ayam. Tak kiralah ia spesis ayam apa sekalipun..ayam kampung ke, ayam bandar ke, ayam kelas pertama ke, ayam belanda tak belanda ke....) ia adalah makanan yang HALAL. Kerana sesuai dengan sifat ayam itu sendiri yang mempunyai sifat ‘cemburu’ yang jelas. Contoh situasi..seekor ayam jantan yang mampu menjaga kawasan perkumpulannya yang terdiri daripada beberapa ekor ayam betina dan anak-anak ayam dari sebarang gangguan. Kalau tak caya, cuba pegi kacau sekawan ayam yang ada kat kawasan anda..mesti ada salah seekor yang akan backing..hehe..contoh je la yee..jadi, antara ayam dan khinzir memang dari segi sifatnya dah berbeza. Jadi, kita sebagai manusia yang akan memakannya pun pasti akan memberi kesan, samada khasiat yang kelihatan atau tidak kelihatan..contohnya kesan dari segi sifat perwatakan manusia itu sendiri...Itu baru menyentuh kesan sifat haiwan halal dan haram itu sendiri, tak masuk lagi khasiat baik dan buruk untuk daging haiwan tersebut..hmmm… sampai ke tahap itulah Allah nak jaga hambaNya dari sudut pemakanan..Subhanallah,nikmat yang sehalus-halusnya..itulah keistimewaan kita sebagai umat Islam, sehingga ke sekecil-kecil perkara pun Allah jaga. Betapa kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmatNya..Alhamdulillah..i’m proud to be a Muslim..

Oopss..dah pukul 2:23am. Mata pun dah ngantuk, dan rasanya cukup sekadar itu dululah perkongsian ilmu untuk hari ini. Harap-harap sahabat-sahabat yang membacanya faham dengan apa yang disampaikan. Semoga ia bermanfaat. Maklumlah, baru training nak jadi penulis blog kan :p jadi mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham. Maaflah kalau tak faham.hehe.. Esok nak bangun awal dan sahur insyaAllah. Lepas tu ada agenda lain dengan adik-adik junior untuk hari esok..nantikan ‘posting’ yang seterusnya.. :)
Friday 19 September 2008
Posted by AnakBulan

17 Ramadhan, Peringatan Nuzul Quran

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Dipetik daripada : http://www.al-azim.com



***Komen*** Marilah kita sama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-quran sebagai panduan kita ummat akhir zaman.




Wednesday 17 September 2008
Posted by AnakBulan

Rindu Kampung Halaman (Part 1)


B : “balik mana raya ni”


Aku : “balik Sabah laa”


B : “ait, balik ke, bila?”


Aku : “Baliklah.23hb ni i’Allah..dah setahun aku tak balik. Baliknye nanti pun seminggu lebih je. Raya 3 dah kene balik sini pulak”


B : “ tiket dapat harga berapa?”


Aku : “RM800+ ulang alik. Tu pun adik beradik aku sponsor..sebab diorang kata tak cukup anggota nanti..hehe..raya tahun ni semua adik beradik aku kumpul kat sana”

B : “ooo…kesian kat ko kan, kalau aku lah..conform aku nangis”


Aku : “ kes aku ni kira oraitla jugak, setahun je tak balik. Ada kawan aku yang lain tu hampir 3 tahun dah tak balik. Budget tak cukup nak beli tiket..


B : “?????”




Panjang gak la dialog kat atas ni. Lebih kurang begitulah pertanyaan-pertanyaan sahabatku nak dekat raya tahun ni. Masing-masing dah sibuk beli tiket, kalau tak beli awal ,memang tak balik la diorang dek kerana SOLD OUT awal kat kaunter-kaunter jualan tiket. Termasukla aku..kalau tak beli awal, conform harga tiket melambung atau SOLD OUT juga.

Apa yang nak kongsi ialah, betapa aku rindu nak menjejakkan kaki ke kampungku. Kg. Pasir Putih, Tawau Sabah. Tipu lah kalau aku ni kata tak rasa rindu nak balik. Banyak yang dirindu. Rindu kat ayah, makcik, abang, kakak, kak ipar, anak-anak saudaraku, adik-adikku…termasuklah rindu dengan makanan kat sana.. Ayam Lelek (sejenis ayam panggang dengan sambal yang menyelerakan) abc, murtabak jawa etc..


Aku juga rindu dengan sahabat-sahabatku dan program di sana. Bila tengok gambar-gambar program di sana, aku jadi jealous semacam, sebab aku tak sertai sekali. Bila teringat kerenah sahabat-sahabatku di sana, aku boleh gelak sorang-sorang. Teringat balik, masa zaman sekolah-sekolah dulu. Kami kenal daripada satu program islamik masa aku tingkatan 3 rasanya. Bermula dari situ, aku mula rapat dengan sahabat-sahabatku tambahan pula bila masuk tingkatan 4, kami dapat sekolah yang sama.huhu..gembira jugak laa..setiap hari jumaat, kami akan berusrah bersama kat sekolah. Dah selesai usrah kat sekolah, kami pegi Bandar Tawau pula ada usrah gabungan di IAB (Institut Akademik Bakti, sekolah swasta yang menerapkan nilai-nilai agama kepada pelajar-pelajarnya walaupun bukan sekolah agama)..senyum sengih gak bila ingat memori lama ni..Sampailah ke hari ni, kami bersahabat. Dah kenal kelemahan dan kebihan diri masing-masing..ukhuwah kami still utuh, walaupun jarak memisahkan..Dalam 10 orang jugak la sahabat seangkatanku di sana. Tu tak masuk ukhuwah dengan adik-adik seusrah lagi tu..hehe..boleh tinggal satu kem kami ni..




Kini, semua sahabatku sudah mula membina kerjaya masing-masing. Aku dan beberapa orang sahaja yang tak keja lagi. Masih bergelar siswi. Setiap kali aku pulang, pogram pasti menanti..itu yang aku suka..diorang dah list down dah tugas yang akan diamanahkan setiap kali nak balik kampung halaman. Jadi, bila balik je, kerja sudah menanti..huhu..
------------------------------------ To Be Continue in part 2 -----------------------------


Posted by AnakBulan

Anwar mahu jumpa PM...

PETALING JAYA, 16 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.

Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.
Katanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.

"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.

Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.
Menurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.

"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," kata beliau.

Selain itu beliau turut menegaskan jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.
Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.

Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.

Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.

Semalam, wakil dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.
Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," kata Anwar
Anwar turut berkata masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.
"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya. - mks. _
Dipetik daripada : www.harakahdaily.net , edisi 16 Sept 2008
"Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan "
Oleh; Mohd Rashidi Hassan & Irwan Muhammad Zain, Foto; Nasir Sudin
Tue ,Sep 16, 08 3:52:17 pm MYT






***Komen*** Duhai Pak Lah, terimalah keputusan rakyat dengan hati terbuka. Ahli-ahlimu juga sudah tidak thiqah denganmu lagi. Sudah lebih 50 tahun memerintah, mungkin sudah tiba masanya untuk memperbaiki mana yang lemah. Adakah amalan membanteras rasuah dari sifar turun ke nilai yang negatif (-1, -2, -3...), atau adakah semakin bertambah positif (+1, +2, +3 ...) ??? Mana peginya Syafii, Al-Ghazali yang kau cari, masih tak ketemu lagikah hak dan batil?? Beri peluang pada orang lain. Mungkin di situ, ada sesuatu yang boleh dipelajari nanti..Dunia hanya seketika, akhirat jua kekal abadi...
Tuesday 16 September 2008
Posted by AnakBulan
Tag : ,

16 September 2008???


Pastinya penantian penuh mendebarkan untuk tarikh hari ni. Malaysia negaraku yang tercinta! isu yang semakin hari semakin panas, dan tibanya hari ini..sudah tentu ramai yang ingin mengetahui perkembangan sebenar Malaysia termasuk pihak media. Media asing juga pasti ingin mencuri berita dari negara kita. Apakah hari ini akan terbentuknya kerajaan baru dari PR??? atau mungkin tarikh hari ini sebagai simbolik pencetus perlaksanaannya...al-maklum sajalah, menteri-menteri kita yang tengah 'holiday' di Taiwan tak balik lagi..kena block kah mereka untuk pulang ke tanah air kerana tarikh hari ni?? Ditambah pula dengan isu panas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim yang baru sahaja meletak jawatan kerana membantah perlaksanaan ISA..hmmm..apa-apa pun, kita tunggu BERITA TERKINI hari ni dan diharapkan negaraku Malaysia akan semakin aman dan makmur serta bebas dari perkara mungkar yang semakin berleluasa kini. amin..


Posted by AnakBulan
Tag : ,

Iftar d' resort

Alhamdulillah, hari ni selesai iftar di lokasi mendamaikan. Menu hari ni nasi jagung, ayam masak merah, acar timun dan sayur masak gulai. Tu tak masuk pencuci dan mengelap mulut lagi tu. Alhamdulillah rezeki hari ni. Apa yang paling penting, aku masih terasa kesyahduan penuh tersirat penyampaian tazkirah sebelum berbuka puasa tadi. Dipenghujung 15 Ramadhan 1429H tadi, tazkirah berkisar tentang perkara sia-sia yang perlu dielakkan sepanjang bulan penuh barakah ini..mungkin sedikit perkongsian ; Dusta, Mengumpat, 'Batu api, Melihat perempuan/lelaki dengan pandangan nafsu syahwat dan Melakukan sumpah palsu. Sama-sama kita elakkan dari melakukannya. Itu antara pointnya yang aku fikir boleh dihurai sendiri. Mudah nak faham. Namun bagaimana praktikalnya kita dengan ilmu 'basic' yang ada dalam diri masing-masing terutama yang dah ditarbiyah di dalam atau di luar sana?? Sama-sama kita muhasabah diri.

Sedikit tersentuh tadi apabila pengisian yang berkisar 'UBM' (unit baitul muslim)...huhuhu...nak komen tak komen nak komen..no komen..memang betul kepentingan UBM ni, tak boleh dinafikan terutamanya untuk yang bergelar da'ie dan ingin meneruskan kesinambungan perjuangan mujahid dan mujahidah seterusnya...namun jangan disalah ertikan. Bila saja disebutkan berkaitan UBM ramai yang jadi gusar, tercuit hati, senyum sengih, gelabah semacam atau apa-apa sahaja. Apa pun reaksi anda, janganlah menganggap UBM ni seolah-olah 'alien' nak datang menyerang bumi...huhu..nak memudahkan bicara, UBM adalah method atau pemudah cara sahaja dalam mencari 'teman' hidup mengikut syariat.itu yang paling penting...ok..baiklah..saya faham (sambil mengangguk-angguk)..angguk je la yee..so, kepada sahabat-sahabat di luar sana, yang mungkin masih mencari dan dah mencari bolehlah merujuk kepada ustaz atau ustazah anda untuk memohon bimbingan dan nasihat agar tidak timbul rasa kecelaruan dalam diri masing-masing. Jangan gusar, Islam itu indah dan pastinya kita selamat sekiranya kita mengikuti apa yang telah disyariatkan secara total.not half-half k..
Monday 15 September 2008
Posted by AnakBulan

- Salam Ramadhan 1429H -
Posted by AnakBulan

My First Blog ~~

salam...

Alhamdulillah ini adalah percubaan pertamaku membangunkan blog. Alhamdulillah..sempena bulan Ramadhan..klu diikutkan memang sudah lama hati ini teringin untuk 'sign up' ke blogspot ni..tapi, setiap kali teringat 'posting' apalah yang bakal aku ketengahkan..akhirnya tak terbuat juga. Bukan tidak ada masa, bahkan mungkin lebih dari itu kalau hanya setakat wujudkan blog, tapi isinya...hampeh..klu tiap-tiap hari update 'copy n paste' sahaja yang ditahu..disebabkan itulah sampai ke hari ini, barulah akhirnya aku 'sign up'..mungkin inilah medan pertamaku untuk aku berkarya dan mengetangahkan hasil nukilanku sendiri, walaupun mungkin ada topik yang perlu dicopy n paste :p ..seorang penulis yang baik akan menggarap semua pengetahuan yang ada dan dikongsi bersama semua orang, semampu yang boleh..tapi, rasa-rasanya mungkin aku tak mampu ingin berilham setiap hari semta-mata untuk 'posting' ke blog ni..ada perkara yang perlu dicopy n paste , di mana pandangan orang lain yang lebih baik dari kita perlu dikongsi bersama..tapi ingat, 'reference' kepada yang empunya topik yang telah di copy paste perlu didedahkan..janganlah buat-buat macam ayat sendiri..tak malu gitu..ok la..panjang sangat da ni..tak sangka plak aku taip panjang-panjang gini..ngeh ngeh..ok..semoga usahaku diredhai Allah swt..amin..
Sunday 14 September 2008
Posted by AnakBulan

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -