Posted by : AnakBulan Monday 2 March 2009

Assalamualaikum dan salam penuh ceria berakal untuk pembaca blogku..Sedikit titipan untuk posting kali ni...




Terharu membaca karangan pelajar UPSR subjek Bahasa Melayu(BM). Lawak pun ye jugak. Gelak punya gelak, terfikir juga nasib anak bangsa kita setelah PPSMI telah diwartakan oleh Tun M. Kiranya aku ni bernasib baik kerana terlepas, namun bagaimana pula dengan nasib adik-adik kita sekarang ni?? Kalau karangan BM pun adik-adik UPSR masih bermasalah inikan pula jika subjek Sains dan Matematik diajar, disoal dan dijawab dalam Bahasa Inggeris (BI). Pelik kan. Seolah-olah tiada cara lain untuk tingkatkan penggunaan BI di kalangan pelajar-pelajar sekolah, menambahkan masalah ada la..analisis di bandar besar MUNGKIN peningkatan keputusan untuk subjek Sains dan Math meningkat..tetapi, sejauh mana PENINGKATAN dan KESANnya di kalangan pelajar-pelajar di luar bandar hatta yang di ceruk dan kawasan pedalaman sana...TERPAKSA KERANA DIPAKSA! yakin dan sangat yakin, pasti mereka malas nak masuk kelas Sains dan Matematik! huhu


Disini, dilampirkan sedikit karangan kisah benar pelajar UPSR yang menulis karangan dalam BM..cuba bayangkan kalau adik tersebut jawab Sains dan Math dalam BI??? ada berapa banyakla 'superhero' dalam jawapannya nanti..huhu..dipetik dari blog Faisal Tehrani..

=============================================================


Karangan pelajar yang menduduki UPSR ini sungguh mengejutkan. Sebagai pembimbing Minggu Penulis Remaja hampir sedekad, sesungguhnya saya tidak terkejut. Ia mungkin lucu, tetapi ia juga menakutkan kita. Terima kasih kepada adik saya yang bertugas di Jabatan Nazir Sekolah yang menyerahkan salinan karangan ini:



Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.



Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.



Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.



Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.



"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."



Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.



Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.



Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


===============================================================

Setelah membaca, apa kata anda??? Salam ceria penuh berakal~


2 Responses so far.

  1. amrishah says:

    Thanks alot, sungguh lucu, amat lucu, dan tersangatlah lucu, sampai sakit perut saya membacanya.

    Kah kah kah kah...............

    Kesian, pelajar kita, adik-adik, kita, Bangsa kita, Bahasa Melayu Lintang Pungkang, nak dipaksa belajar Mat sains dalam Bahasa Inggeris.

    Pemimpin hanya tau nak cari untung dari projek PPSMI sahaja, biar rakyat bodoh semuanya. Semakin bodoh rakyat maka semakin banggalah pemimpin, kerana mereka akan semakin sukar ditentang.

  2. AnakBulan says:

    :) Siapa lagi nak membela anak bangsa kita, kalau bukan kita sendiri... Bukan bermakna BI dan Sains tidak penting...mmg diakui sgt penting! tapi, tindakan dan langkah bagaimana yang secocok dan sangat sesuai untuk diguna pakai agar pelajar-pelajar di bandar dan luar bandar sama-sama maju seiring dengan pekembangan penguasaan BI di seluruh dunia... menteri-menteri, fikirlah..

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -