Posted by : AnakBulan Wednesday 4 March 2009

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua pembaca blogku...


APA KHABARMU DI SANA?
LAMA SUDAH TAK BERTEMU...
APA KHABARMU DI SANA....SAHABATKU SAYANG...


Begitu antara rangkap ayat yang seolah-olahnya sama dengan lagu lama Ramlah Ram (kalau tak silap)...cuma diakhir baris ayat tersebut sepatutnya perkataan 'sayang', aku gantikan dengan perkataan yang lagi bersih dan terang serta jelas (clear) untuk pembaca blogku dengan ayat 'sahabatku sayang'.


Baru sahaja selesai menelefon sahabat yang berada jauh di seberang Laut China Selatan. Sejauh mana ingatanku kepada sahabatku itu. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang serba tak kena, seolah-olah aura dari sahabatku itu. Lantas, telefon yang ada di hadapanku kucapai dan mendail nombor telefonnya sambil bateri dicas.

Syukur aku menelefon, dan tanya khabarnya di sana...rupanya sahabatku di sana sedang menghadapi masalah. Akulah tempatnya meluah sebentar tadi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lega sedikit bebanan perasaan yang ditanggungnya selepas meluah kepadaku. Namun, berat lagi bahu yang memikul berbanding orang yang hanya mendengar masalah beliau.

Postingku kali ini, cuma ingin mengingatkan diri dan sahabat di luar sana yang mungkin sudah lama tidak berhubung samada melalui maya atau realiti di hadapan mata. Kadang-kadang bila ada di hadapan mata sangat susah untuk bertanya khabar, maklum..ada di hadapan mata..begitulah kebiasaannya, kerana sangka mereka sihat sahaja..ye lah, dah di depan mata..takkan tak sihat..kadang-kadang memang kejam sangka tersebut.


Ringan-ringankan hati, mulut dan tangan untuk mendail nombor-nombor mereka yang payah kita jumpa. Siapa tahu, mereka ada masalah yang mana kita boleh membantu. Itulah tandanya ukhuwah. Bila jauh, terasa kita ada perasaan serba tak kena seolah-olah firasat kita kepada sahabat kita yang tengah menghadapi masalah. Tak perlu definisi yang panjang mencari maksud ukhwah, kerana kita tahu, siapa kalangan sahabat yang memang mampu boleh dikategorikan dalam konteks 'ukhwah'. Tidak semua sahabat kita mampu untuk kita bercerita dan berkongsi masalah. Bukan maksud mereka yaang rasa-rasa kita tak boleh nak berkongsi masalah itu tiada rasa ukhuwah. Analoginya begini: Nasi goreng ada banyak jenis tapi rasa nasi goreng itu berbeza-beza untuk orang yang merasanya, mungkin ada yang kata 'sedap', 'cukup rasa', 'sedikit masin' atau sebagainya. Padaku, begitulah keadaannya ukhuwah. masing-masing boleh tahu di lubuk hatinya. Tanyalah hati masing-masing, adakah anda rasa apa yang aku rasa? adakah anda rasa apa rasanya ukhuwah? adakah anda rasa apa yang aku ingin sampaikan??? Apa-apalah..semoga trengkasku kali ni boleh dirasa dan difahami untuk mereka yang merasainya..


Kesimpulannya, tanyalah khabar mereka di sana...yang jauh di mata hatta yang dekat di mata..Apa kata hati?

Salam perkhabaran dariku seorang AnakBulan daripada 'rindubulan.blogspot.com' .




Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -