- Back to Home »
- Muhasabah Diri , Relax »
- Hari Ini Cuti, MC
Posted by : AnakBulan
Monday, 30 March 2009
Assalamualaikum dan salam sihat berbahagia buat yang sudi membaca blogku...
Semalam adalah malam yang menyesakkan dan memberi pengajaran. Lebih kurang sehingga ke pukul 2.00 subuh aku bergelumang dengan embun subuh kerana membantu salah seorang kawanku menyelesaikan masalahnya. Masalah peribadi...dan aku, seolah-olahnya macam kaunselor malam semalam..huh, letih dan lesu dek kerana penat bermain dengan emosi. Syukur, selesai jugak masalah tersebut walaupun bukan 100%. Dalam masa yang sama aku menemani sahabatku yang tengah konvo berulang alik dari satu kolej kediaman ke satu kolej kediaman, ziarah menziarahi sahabat lain yang mana yang sempat..Lebih kurang pukul 2.00 subuh baru balik bilik..huh..
Akhirnya hari ni, aku terpaksa bercuti sakit kerana kurang sihat..sebelum tidur subuh tadi, dah terasa kepala berdenyut dengan badan terasa letih dan lesu..Bangun pagi dah rasa sejuk dan panas semacam, lepas tu terus contact bos memaklumkan yang saya tak dapat datang kerja.
Mengimbas kembali..Malam pertama konvo, aku pegi funfair naik 'merry go round' dengan sahabat yang baru selesai konvo. Walhal aku yang teringin, maklum dah lama tak naik 'pusing-pusing' kat tapak ekspo konvo. Berpusing jugakla kepalaku. Semalam pulak, sebelum jadi kaunselor tak bertauliah aku sempat membeli sepasu pokok. Seronok bukan kepalang. Dah lama teringin nak beli pokok sebagai tambahan pokok kat bilik yang masih single dah lama tak berteman..Kali ni, pokok yang lama dah ada teman, senang hati tengok bila balik kerja dari praktikal tambah pulak dengan suasana tension dari pejabat..alhamdulillah sejuk je rasa mata ni bila balik tengok pokok yang dok bela..hmmm, tempat utama pokok baru dan lama adalah kat atas meja sebelah monitor. Tempat lepak utama setiap hari..hehe.. Sedikit lampiran gambar pokok baru, pokok lama dan suasana baru atas meja study merangkap meja lepak..
oh..kak..jerah..
itu aku punya wallpaper tu..hahahaaha
iya bah minah..malas sdh kak mau tukar-tukar..pasal kerjamu sukala menukar wallpaper kak bah