- Back to Home »
- Memori , Nukilan Nurani »
- Rindu Kampung Halaman (Part 1)
Posted by : AnakBulan
Wednesday, 17 September 2008
B : “balik mana raya ni”
Aku : “balik Sabah laa”
B : “ait, balik ke, bila?”
Aku : “Baliklah.23hb ni i’Allah..dah setahun aku tak balik. Baliknye nanti pun seminggu lebih je. Raya 3 dah kene balik sini pulak”
B : “ tiket dapat harga berapa?”
Aku : “RM800+ ulang alik. Tu pun adik beradik aku sponsor..sebab diorang kata tak cukup anggota nanti..hehe..raya tahun ni semua adik beradik aku kumpul kat sana”
B : “ooo…kesian kat ko kan, kalau aku lah..conform aku nangis”
Aku : “ kes aku ni kira oraitla jugak, setahun je tak balik. Ada kawan aku yang lain tu hampir 3 tahun dah tak balik. Budget tak cukup nak beli tiket..
B : “?????”
Panjang gak la dialog kat atas ni. Lebih kurang begitulah pertanyaan-pertanyaan sahabatku nak dekat raya tahun ni. Masing-masing dah sibuk beli tiket, kalau tak beli awal ,memang tak balik la diorang dek kerana SOLD OUT awal kat kaunter-kaunter jualan tiket. Termasukla aku..kalau tak beli awal, conform harga tiket melambung atau SOLD OUT juga.
Apa yang nak kongsi ialah, betapa aku rindu nak menjejakkan kaki ke kampungku. Kg. Pasir Putih, Tawau Sabah. Tipu lah kalau aku ni kata tak rasa rindu nak balik. Banyak yang dirindu. Rindu kat ayah, makcik, abang, kakak, kak ipar, anak-anak saudaraku, adik-adikku…termasuklah rindu dengan makanan kat sana.. Ayam Lelek (sejenis ayam panggang dengan sambal yang menyelerakan) abc, murtabak jawa etc..
Apa yang nak kongsi ialah, betapa aku rindu nak menjejakkan kaki ke kampungku. Kg. Pasir Putih, Tawau Sabah. Tipu lah kalau aku ni kata tak rasa rindu nak balik. Banyak yang dirindu. Rindu kat ayah, makcik, abang, kakak, kak ipar, anak-anak saudaraku, adik-adikku…termasuklah rindu dengan makanan kat sana.. Ayam Lelek (sejenis ayam panggang dengan sambal yang menyelerakan) abc, murtabak jawa etc..
Aku juga rindu dengan sahabat-sahabatku dan program di sana. Bila tengok gambar-gambar program di sana, aku jadi jealous semacam, sebab aku tak sertai sekali. Bila teringat kerenah sahabat-sahabatku di sana, aku boleh gelak sorang-sorang. Teringat balik, masa zaman sekolah-sekolah dulu. Kami kenal daripada satu program islamik masa aku tingkatan 3 rasanya. Bermula dari situ, aku mula rapat dengan sahabat-sahabatku tambahan pula bila masuk tingkatan 4, kami dapat sekolah yang sama.huhu..gembira jugak laa..setiap hari jumaat, kami akan berusrah bersama kat sekolah. Dah selesai usrah kat sekolah, kami pegi Bandar Tawau pula ada usrah gabungan di IAB (Institut Akademik Bakti, sekolah swasta yang menerapkan nilai-nilai agama kepada pelajar-pelajarnya walaupun bukan sekolah agama)..senyum sengih gak bila ingat memori lama ni..Sampailah ke hari ni, kami bersahabat. Dah kenal kelemahan dan kebihan diri masing-masing..ukhuwah kami still utuh, walaupun jarak memisahkan..Dalam 10 orang jugak la sahabat seangkatanku di sana. Tu tak masuk ukhuwah dengan adik-adik seusrah lagi tu..hehe..boleh tinggal satu kem kami ni..
Kini, semua sahabatku sudah mula membina kerjaya masing-masing. Aku dan beberapa orang sahaja yang tak keja lagi. Masih bergelar siswi. Setiap kali aku pulang, pogram pasti menanti..itu yang aku suka..diorang dah list down dah tugas yang akan diamanahkan setiap kali nak balik kampung halaman. Jadi, bila balik je, kerja sudah menanti..huhu..
------------------------------------ To Be Continue in part 2 -----------------------------
Post a Comment