- Back to Home »
- Memori , Muhasabah Diri »
- Eid Mubarak!
Posted by : AnakBulan
Sunday, 27 September 2009
Masih tidak terlalu lewat untuk kuucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali diri ini. Maaf Zahir Batin untuk segala kekhilafan diri ini.
Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kesederhanaan, dengan baju raya tahun lepas dan Aidilfitri tahun ini disambut di rumah keluarga angkat di Jitra. Thanks kak Aisyah, Mak Tam, Pak Tam dan adik Auni kerana sambutan raya tahun ini agak bahagia disamping kalian. Sempat lagi pegi beraya di rumah Menteri Besar Kedah..huhu.. Kepada ahli keluarga dan sahabat handai di kampung nun jauh di Tawau sana, RINDUKU pada kalian tidak pernah sirna. Salam sayang dari perantauan!
Tak lupa ucapan tahniah kepada Siti Aminah Soga bersama pasangannya Adib, yang melangsungkan pernikahan pada 5 Syawal tahun ni. Semoga rumahtangga kalian diredhai Allah..
Selepas raya ni agak sibuk dengan kerja, assignment, persiapan konvo dan tak lupa persiapan pertandingan nanti. Doakan kejayaan team saya untuk dua projek kami (ieBase & BleuSems) di ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Penyelidikan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2009) , pada 8hb-10hb Oktober 2009, di KLCC. Kepada sesiapa yang free, jumpa kalian di booth UUM ye...
Post a Comment