- Back to Home »
- Isu , Memori , Muhasabah Diri »
- Wow..bersarang ular!
Posted by : AnakBulan
Monday, 19 July 2010
Salam flora dan fauna untuk blogku..nampaknya semakin besar ular-ular ini, anaknya pun makin banyak (sudah lama tidak berupdate, membiarkan blog usang tanpa berita)..hmmmm apala tuan punya blog ni..blog sudah jadi sarang..huhu
Hampir 3 bulan tanpa berita..berita terakhir adalah memaklumkan tentang kepulanganku ke kampung halaman. Kini, saya sudah kembali pulang ke kampus. Sungguh banyak cerita dan info dari kampung halaman. Bertemu keluarga tersayang, sahabat tercinta dan jiran-jiran sekampung. Masing-masing ada ceritanya..Walaubagaimanapun, semua cerita yang baik itu jadikan sempadan dan yang buruk jadikan tauladan..
Sekembalinya ke kampus, sempat lagi membawa balik penyakit untuk menempuhi minggu permulaan semester baru..conjunctivitis..alhamdulillah..Allah bagi sakit, tandanya Allah tak lupa, Allah masih sayang :)
Banyak sangat perubahan pengurusan di kampusku kali ini. Semuanya tanpa memaklumkan kepada kami lebih awal..segala persiapan mental dan yang seumpamanya tidak ada langsung..datang-datang, terus berubah..perubahan mengejut! Kalau pensyarah sendiri tak dimaklumkan, apatah lagi kami ni yang bergelar pelajar. Antara perubahan yang tiba-tiba datang tak diundang ialah, untuk pelajar postgraduate kali ni, setahun akan jadi 3 semester.. kalau ikut kebiasaan sebelumnya, setahun hanya 2 semester sahaja..huh..perubahan besar tu, terutamanya dari segi masa pengajian. Kalau buat cepat pun, takut kualiti belajar kurang..Perubahan lain ialah, grade exam. Sebelum ni paling tinggi pun takat 'A' sahaja. Tapi kali ni dah ada 'A+'...huhu..bercelaru jadinya..ada banyak lagilah perubahan baru yang berkaitan pengurusan..entah la saya pun..apa yang pasti, kami yang bergelar pelajar ni yang jadi mangsanya!
Cerita berkaitan semester kali ni, insyaAllah kena ambik 3 subjek + 1 subjek prasayarat..semoga semuanya dipermudahkan dan sukses insyaAllah.
Cerita tambahan pulak, saya dah tukar bilik hostel. Dari tingkat 3 ke tingkat 5. wow..letih memanjat tangga! sebelum ni bilik berempat, kali ni sebilik dok berdua sahaja. Roomate pun baru, alhamdulillah dapat roomate baru yang baik.
Alamak, esok nak kena bangun awal. So, kena tido awal malam ni..nak jumpa pensyarah subjek prasyarat..huhu..ok..doakan saya dikuatkan semangat dan dipermudahkan semua urusan pengajian (^_^)
Post a Comment