- Back to Home »
- Relax »
- Satu TAHUN Tujuh BULAN
Posted by : AnakBulan
Saturday, 27 October 2012
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lailaha illallahu, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.
"Maha besar Allah ! Tidak ada tuhan melainkan Allah ! Dan kepada Allah tertuju segala puji dan syukur"
Salam Aiduladha 1433H,
Subhanallah...sudah satu tahun tujuh bulan blog saya ditinggalkan tanpa tuan. Sepi. Kosong. Tanpa isi. Walaupun masih ada yang menjengah. Allahu Allah..Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus menulis di laman blog yang tidak seberapa ini. Menyampaikan walaupun satu ayat, dan bermanfaat untuk yang membaca..
Posting terakhir saya, sejak mula meninggalkan bumi Kedah setelah berhempas pulas berada di alam kampus. Masa tu, balik kampung kerana pengajian dah tamat dan kebetulan dapat surat panggilan interview. Allah Maha Besar. Ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Alhamdulillah, selepas diinterview Allah bagi rezeki. Kemudian mula bertugas. Sejak itu, dunia blogging sudah semakin lupus dek kerana kesibukan bekerja. Rupanya, beginilah alam pekerjaan. Sangat sibuk. Kalau ada masa free, disitulah ruang untuk berehat digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, alam kuliah tetap dirindui sehingga kini dan masih bercita-cita untuk terus berada di alam kampus! Doakan.
Tak sangka pulak, walaupun meninggalkan blog begitu lama, masih ada yang datang menjengah. Mungkin saja menyinggah secara tak sengaja. Terima kasih tetamu blog saya. InsyaAllah saya usahakan untuk terus menulis dengan tulisan yang tidak seberapa. Berkongsi seadanya ^^
Banyak kisah yang boleh dikongsikan jika dihitung tempoh masa satu tahun tujuh bulan itu. Tak cukup satu posting kali ini ^^ gembira kerana masih ingat password blog ini. Terima kasih Allah. Kalaulah password ini saya lupa, pastinya terkubur juga laman www.rindubulan.blogspot.com ini. Blogspot juga sudah berwajah baru. Aduh, sudah sangat banyak yang saya tertinggal dengan eksplorasi dunia blog! huhu
Apa-apa pun, semoga permulaan pertemuan setelah meninggalkan laman blog tersayang ini, menjadi titik permulaan untuk saya meneruskan dunia 'penulisan' kecil. Semoga contengan-contengan ayat ini menjadi penanda aras untuk saya meneruskan minat dan terus belajar untuk 'mengayat' ^^
AKU BUKAN SIAPA-SIAPA (*_^)
jemput join giveaway hello kitty sy ♥
ada peluang menang lucky draw.. http://belogzeera.blogspot.com/2013/06/giveaway-by-zeera-lily.html