- Back to Home »
- Saja-saja »
- Me'movie'kan LALAT
Posted by : AnakBulan
Friday, 1 May 2015
Assalamualaikum lovers,
Salam 1 May. Hari Buruh.
Hari Lahir sahabat baik saya, Ogy. I love u Ogy. hihi
Takdalah. Saja ja topik tu. Baru selesai tgk movie lalat. Tajuk movie entah apa. Movie Tamil.
Sejak kebelakangan ini, cerita Tamil jadi pilihan berbanding cerita melayu. Kegemaran mertua saya. Maka dengan itu, saya juga sudah terjebak. ngehngeh.
Ceritanya begini:
Dia manusia tapi penjahat dah bunuh. Sudah mati, kemudia dia lahir semula jadi LALAT (baca: Hero). Bukan lagi manusia. Dia selamatkan heroin dari penjahat yg membunhnya ketika dia manusia. Heroin ni adalah kekasih hatinya ketika dia manusia di kelahiran sebelumnya. Sudah jadi lalat pun dia masih cinta heroin itu.
Hanya heroinnya saja yang faham bahasa lalat (hero) itu. Hujung cerita, ketika bergelut ingin membalas dendam kepada penjahat tersebut, lalat tu pun mati (jangan sedih: hero takkan mati)
Dah mati ada kelahiran lagi. Lahir lagi jadi lalat lagi.hahaha.hero kot. Mana boleh mati gitu2 saja. .Paling hujung ceritanya ni, heroin tersebut yakni manusia kahwin dengan lalat! hahaha
Sampai ke sudah saya dan mak mertua gelak depan tv. Cerita Lalat. Siap ada belasah-belasah tumbuk menumbuk lagi. kihkihkih. Lalat okay!
Terkesima dengan cerita tu.
Kesimpulannya, dalam dunia ni pelbagai makhluk yanng wujud. Maka tidak salah jika lalat juga ada kisahnya. Lalat juga makhluk, jgn dipandang jijik. Cumanya, biar kita dengan kisah lalat kita bersama aqidah kita. Dalam Alquran juga ada diceritakan hal berkenaan lalat:
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Surah Al-Hajj: Ayat 73)
Itu saja kisah Lalat kita malam ini. Yeah, cuba2 nak istiqomah menulis di blog. cittt. podacit :D
Hendak seribu daya, kalau tak hendak tidur lagi sodap!
Ok dah ngantuk. Bobok jom. ZZzzz..Opocot! mangga jatuh singgah bumbung. argh! abaikan.
best movie ni , kena cari ni
sila beritahu nama tajuk movie ini. saya terlepas dari scene pertama. dah nak habis baru sempat bukak T_T
Tajuk dia "Eega"
commercial Heating and cooling repair