Wow..bersarang ular!

Assalamualaikum...

Salam flora dan fauna untuk blogku..nampaknya semakin besar ular-ular ini, anaknya pun makin banyak (sudah lama tidak berupdate, membiarkan blog usang tanpa berita)..hmmmm apala tuan punya blog ni..blog sudah jadi sarang..huhu

Hampir 3 bulan tanpa berita..berita terakhir adalah memaklumkan tentang kepulanganku ke kampung halaman. Kini, saya sudah kembali pulang ke kampus. Sungguh banyak cerita dan info dari kampung halaman. Bertemu keluarga tersayang, sahabat tercinta dan jiran-jiran sekampung. Masing-masing ada ceritanya..Walaubagaimanapun, semua cerita yang baik itu jadikan sempadan dan yang buruk jadikan tauladan..

Sekembalinya ke kampus, sempat lagi membawa balik penyakit untuk menempuhi minggu permulaan semester baru..conjunctivitis..alhamdulillah..Allah bagi sakit, tandanya Allah tak lupa, Allah masih sayang :)

Banyak sangat perubahan pengurusan di kampusku kali ini. Semuanya tanpa memaklumkan kepada kami lebih awal..segala persiapan mental dan yang seumpamanya tidak ada langsung..datang-datang, terus berubah..perubahan mengejut! Kalau pensyarah sendiri tak dimaklumkan, apatah lagi kami ni yang bergelar pelajar. Antara perubahan yang tiba-tiba datang tak diundang ialah, untuk pelajar postgraduate kali ni, setahun akan jadi 3 semester.. kalau ikut kebiasaan sebelumnya, setahun hanya 2 semester sahaja..huh..perubahan besar tu, terutamanya dari segi masa pengajian. Kalau buat cepat pun, takut kualiti belajar kurang..Perubahan lain ialah, grade exam. Sebelum ni paling tinggi pun takat 'A' sahaja. Tapi kali ni dah ada 'A+'...huhu..bercelaru jadinya..ada banyak lagilah perubahan baru yang berkaitan pengurusan..entah la saya pun..apa yang pasti, kami yang bergelar pelajar ni yang jadi mangsanya!

Cerita berkaitan semester kali ni, insyaAllah kena ambik 3 subjek + 1 subjek prasayarat..semoga semuanya dipermudahkan dan sukses insyaAllah.

Cerita tambahan pulak, saya dah tukar bilik hostel. Dari tingkat 3 ke tingkat 5. wow..letih memanjat tangga! sebelum ni bilik berempat, kali ni sebilik dok berdua sahaja. Roomate pun baru, alhamdulillah dapat roomate baru yang baik.

Alamak, esok nak kena bangun awal. So, kena tido awal malam ni..nak jumpa pensyarah subjek prasyarat..huhu..ok..doakan saya dikuatkan semangat dan dipermudahkan semua urusan pengajian (^_^)

Monday, 19 July 2010
Posted by AnakBulan

Kapal Terbang Terbaring-baring

Assalamualaikum dan selamat terbang...

haha..blur ja title posting kali ni. Motifnya cuma untuk memaklumkan, saya sudah balik kampung.hehe balik kampung sempena cuti semester..persinggahan pertama ialah di rumah family abang kandung di Sandakan sebelum ke Tawau. Seperti biasa, disambut dengan makanan kegemaran, UDANG. hehe..nyam nyam..


Moral cerita: Memanglah kapal terbang terbang-baring, kalau berdiri itu roket namanya, menuju ke bulan.haha
Tuesday, 27 April 2010
Posted by AnakBulan
Tag :

Exam!

Assalamualaikum

Syahdunya bila buka blog. Sudah jarang AnakBulan mengupdate berita dirinya..Khabar yang sudah usang.huhu..padahal baru sahaja membeli Maxis broadband, masih juga ada alasan untuk tidak mengupdate blog. hmmmm...

Awal bulan 4, aku sudah bergelar pelajar 'menganggur'...seorang pelajar tanpa pekerjaan. Terpaksa minta berhenti kerja, kerana exam sudah semakin hampir. Tarikh keramat 19hb April dan 22hb April. Exam semester ke2.. Doakan saya..

Tugasan dari pensyarah yang bertimbun barulah nak dibuat dengan sepenuh hati dan penuh fokus. Sehingga kini, ada 5 lagi tugasan yang belum selesai.huhu..toooollloooonngggg :(

InsyaAllah, aktiviti memblog tidak akan mati. Seusai exam, seperti biasa..blog menjadi perantara AnakBulan dan kisah hidupnya yang tidak seberapa untuk dikongsi bersama..

Ok..setakat ini dulu..ayat berbaur serius..saya tidak suka suasana serius..huhu..tiada mood..
Thursday, 15 April 2010
Posted by AnakBulan

Menang Pingat EMAS di Seoul, Korea

Assalamualaikum...

Awal semester kali ni, Prof saya sempat menitipkan sijil kemenangan yang beliau bawa dari "Seoul International Invention Fair 2009". KAli ni menang pingat emas lagi, alhamdulillah. Kemenangan ini merupakan produk wakil Malaysia dari UUM lanjutan dari kemenangan di PECIPTA '09 tahun lepas. Terima kasih Prof. :)

Klik pada gambar untuk imej lebih besar
Friday, 5 February 2010
Posted by AnakBulan
Tag :

Banyaknya sesawang lelabah blog ni..kuikuikui

Assalamualaikum...

hehe..topik tu sengaja begitu untuk menunjukkan betapa lamanya tuan empunya blog tidak meng'update' blognya..ye ye..sayala tuu..huhu. Maaf banyak-banyak kepada sahabat yang ternanti-nanti posting terkini daripada saya. Ada ke ternanti-nanti? hehe..ada jeee..tapi tulah jawapan dan alasan yang sentiasa diberi.."maaf, saya busy buat masa sekarang. Banyak kerja dan assignment"

Sebenarnya kalau diikutkan bermula dari pulang bercuti ke kampung sepanjang cuti mid sem sampailah sekembalinya ke kampus ni, dah banyak bahan dikumpulkan yang ingin dimuatnaik dan diceritakan ke dalam blog ni. Namun disebabkan kekangan masa maka tidak ada yang berjaya diupload kan..sedih gak.. :(

Hari ni saya berada di ofis research, jadi dah alang-alang ni, mungkin sedikit cerita kemaafan kerana kebersarangan blog ini..hehe, betul ke ayat? maaf kalau salah tolong betulkan..yaaakk, sungguh banyak kesalahan bahasa saya..hehe

Baru-baru ni saya dan geng roomate kalau ikutkan dah 2 kali pegi berkayak. Kononnya bersempena dengan hari keluarga merangkap hari Jumaat yakni hari cuti dari kuliah dan kerja..memandangkan semua tengah lapang, jadi berkayaklah kami..dan semester ini juga bermulanya pertandingan tabung menabung untuk saya dan roomate.hehe..menabung syiling. Setiap hujung bulan, pukul 11.00 malam adalah waktu yang dijanjikan untuk mengira hasil tabung masing-masing. Untuk bulan Januari ni, hehe pemenangnya ialah ehem ehem dengan hasil tabungan sebanyak RM41.86. fuuuhh..jenuh tau nak kumpul syiling sebanyak tu..tahniah untuk diri saya. Bulan Februari ni tak tau plak siapa lagi pemenangnya..hehe..

Bersama-sama ini disertakan foto berkayak hari keluarga kami se'roomate' dan hasil menabung syiling bulan Januari...



Sekian, untuk kali ni, insyaAllah nantikan posting seterusnya.. :)
Posted by AnakBulan
Tag :

Hospital Hello Kitty

wah wah...posting sebelum ni berkaitan bilik hotel tema Hello Kitty. Ni baru je dapat maklumat terbaru dari sahabat saya, kalamHijau...thanks kalamHijau. Kali ni pasal hospital bertemakan Hello Kitty plak. Teringin nak tahu, akhirnya pakcik Google memberi jawapan.

Hospital ni ada di Taiwan (balik-balik kat Taiwan), kononnya untuk terapi khas untuk ibu bersalin.. terapi ek?? Mari kita lihat sejauh mana suasana Hello Kitty tersebut menjadi terapi untuk ibu bersalin..











p/s: Macam mana pula kalau ibu bersalin tu alah dengan pink je memanjang?..huhu..maafla doktor, kalau sayalah, saya nak Tweety..terapi gak tu.hehe..


Sumber : http://bbs.chinadaily.com.cn , http://robotlot.wordpress.com


Monday, 16 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Siapa Peminat Hello Kitty??

hehe..pink je rasanya..oops! saya bukan peminat si Hello Kitty ye.jangan salah sangka pulak..tak main la pink ni.hehe..setahu saya, Ogy sahabat baik saya ialah salah seorang peminat Hello Kitty. kan Ogy?? haha..

Macam biasa, hasil carian dengan enjin pencari, terjumpa jugak serba pink. Setahu saya, ramai jugak perempuan yang fanatik dengan color pink ni, termasuklah Hello Kitty ni..ehem ehem..maaf laaa, saya ni peminat Tweety si burung bijak..haha..apa2 la..mari saksikan pemandangan dan suasana gambar-gambar serba pink tersebut, di salah sebuah hotel di Taiwan.
















P/s: huhu.Pening kan tengok pink ni? hehe

Sumber: http://photoscollections.blogspot.com
Posted by AnakBulan
Tag :

Rekabentuk Rumah Yang Pelik di Dunia

Sambil-sambil melayari beberapa website, maka terjumpalah antara benda-benda pelik di dunia iaitu rekabentuk rumah yang jarang dilihat, mungkin juga tidak pernah kita lihat...agak menarik..rasanya macam nak je bina rumah macam tu nanti..arkitek, tolong yaaa..hehe..jom kita tengok rumah-rumah pelik tersebut;



Comey-comey kan?? hehe..tapi, ada gak la yang memang tahap pelik smpai tiada unsur kecomelannya..huhu..

Friday, 13 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

DIA insan paling Istimewa

Orang yang paling istimewa yang dimaksudkan ialah ayahku yang sangat tabah dan sabar dengan karenahku sepanjang membesarkan dan mendidikku.. Bagiku dialah antara insan yang amat berharga dalam hidupku, terutama selepas pemergian ibu pergi menyahut panggilan Illahi.


"Ya Allah rahmati dan berkati kedua ibu bapa ku dan sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi ku selama ini"



Gambar-gambar di atas ketika membawa ayah ronda-ronda sekitar Kedah dan Perlis. hmmm best gak..di hadapan Istana Anak Bukit, Kedah dan juga pemandangan ladang tebu terbesar di Malaysia sekitar negeri Perlis dekat dengan sempadan Thailand..sempat lagi pergi ke Padang Besar tunjuk kat ayah tempat membeli belah yang hanya selangkah je nak jejak sempadan Malaysia-Thailand.

Ok..cukup untuk kali ni..sekian dahulu segala maklumat bersempena dengan hari konvo dan jalan-jalan..Sekian, terima kasih.

Posted by AnakBulan

Menang Pingat EMAS di PECIPTA '09

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, berikut disertakan gambar-gambar penting sempena kemenangan mewakili UUM di PECIPTA '09.



Gambar pertama di atas bersama Prof. Madya Fadzilah Siraj, Kak Taniza dan juga ehem ehem..hehe.Gambar kedua pula juga bersama Prof. Madya Fadzilah Siraj selepas pengumuman pemenang..hehe..ok la..malas nak ulas..insyaAllah lepas ni, projek yang menang ni akan mewakili Malaysia pula ke pertandingan di Korea bulan Disember tahun ni. Saya tak ikut la pulak ke Korea..huhu..
Thursday, 12 November 2009
Posted by AnakBulan

Kenangan Konvokesyen 05/10/2009 - Review

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar kenangan sempena hari konvokesyen. Gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa. huhu..skema punya ayat..ayat rasmi..wahaha..apa-apa la labuuuu...
Dua gambar di atas bersama sahabat bernama Masni yang juga konvo bersama pada sesi yang sama tapi hari berlainan. Gambar yang ketiga bersama sahabat coursemate Master..kebetulan selepas sesi bersuka ria dengan kamera, ada diskusi assignment kelas master dan pembentangan..huhu...gambar-gambar tersebut sekadar pose bersuka ria di hadapan HEP.huhu..gambar studio bersama ayah akan diusahakan untuk dimuatnaik ke blog saya kemudian..ok..hmmm..dah 3 kali konvo..sijil--> diploma-->ijazah sarjana muda..sebenarnya macam dah tak ada perasaan.hehe..konvo kali keempat nanti insyaAllah harapnya lagi meriah dengan kehadiran ahli keluarga..maklum saja, kali ni ayah seorang sahaja yang hadir..oklah..

Konvo tidak menjanjikan apa-apa selagi ilmu yang diperolehi tidak dipraktikkan dengan sebaiknya..padaku, kualiti seorang graduan ialah seseorang yang mampu merubah keadaan persekitaran hidupnya dan juga orang-orang di sekelilingnya menjadi insan yang lebih berkualiti (duniawi dan ukhrawi) untuk impak keharmonian persekitarannya..waaaa betul ke ayat saya?? hehe..kalau salah tolong betulkan..tapi itulah pandangan peribadi saya..pesan saya untuk adik-adik yang bakal nak konvo tu, jangan terlalu manja dengan kampung halaman ye..tersirat tu maksudnya..hehe...ok..salam sejahtera wahai penghuni duniawi..sekian.
Wednesday, 11 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Wajah Baru sempena berakhirnya EXAM


Apa komen anda?? Memandangkan sudah jemu dengan template blog yang lama, maka inilah wajah baru blog saya kali ni..sempena berakhirnya exam kononnya..hehe..apa-apa pun, selamat melayari blog yang tidak seberapanya ini
Tuesday, 10 November 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -