- Back to Home »
- Isu , Memori , Muhasabah Diri »
- Sakit Dan Sihat
Posted by : AnakBulan
Thursday, 23 July 2009
Salam kesihatan penuh kesyukuran...
Baru sahaja pulang dari jemputan majlis suaikenal adik-adik baru MARSIS. alhamdulillah, gembira melihat kesinambungan penerus mujahid mujahidah di kampus. Semoga adik-adik istiqamah, walaupun keberadaannya seolah-olah pokok semalu.
Teringat salah seorang adik junior yang baru sahaja sembuh dan pulang dari wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star Kedah. Suhasman namanya. iya bah si Suhasman. Alhamdulillah sihat sudah bah dia. Walaupun pada awalnya doktor mengesahkan kebarangkalian penyakit Denggi, namun akhirnya sepupu penyakit tu juga yang disahkan oleh doktor iaitu Malaria. Menurut doktor, Denggi ni adalah disebabkan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes dan ubatnya masih agak sukar ditemui. Malaria pula juga disebabkan oleh nyamuk Tiruk dan membawa parasit, ia agak bahaya berbanding Denggi tapi ubatnya dah ada. Itu je la yang faham seperti yang dimaklumkan oleh doktor hari tu. Apa pun, saya cuma ingin memfokuskan 'kedegilan' adik tu. Dah dinasihatkan berehat di kolej kampus, tapi dia masih berjalan-jalan lagi. Siap jadi penceramah lagi tadi..huhu..alhamdulillah rumate dan sahabatnya yang telah diamanahkan untuk menjaga kesihatannya di kampus juga bersama tadi. Apa pun, akak doakan semoga semakin sembuh. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar adik yang diceritakan tadi sepanjang keberadaaanya di wad hospital. Saksikanlah 'bintang-bintang' berikut:
Post a Comment