- Back to Home »
- Relax »
- Dikesempatan Masa Ini..
Posted by : AnakBulan
Friday, 28 August 2009
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 1430H..
Sudah terlalu lama ruangan blog ini terbiar. Maaf dipinta kiranya ada sahabat yang sering melewati blog ini lalu bertanya terus kepadaku..huhu..maaf, saya sangat sibuk sekarang ini. Ucapan utama yang ingin dilampirkan kali ini adalah selamat menghayati bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua sahabat. Semoga bertemu malam yang paling istimewa di bulan ini.
Tak lupa, ucapan istimewa untuk semua para pejuang agama di Permatang Pasir yang berhempas pulas meneruskan misi mengutamakan rakyat dan agama dipelihara lebih daripada konsep 1Malaysia, Tahniah diucapkan. Semoga Islam terus didaulatkan.
Hmmm, tak tau nak posting apa sebenarnya..baru sahaja selesai brainstorming dengan sahabat seangkatan yang mengambil kursus sama semester ini. Letih, kerana terlalu banyak tugasan. Semoga berkat Ramadhan akan memberi kekuatan yang luar biasa daripada bulan-bulan biasa sebelum ini..salah satu cara untuk melepaskan tension di kala ini adalah dengan berblog..blog bukan untuk glamour, tetapi sekadar untuk berkongsi minat dan pendapat dengan blogger yang lain..
Walaupun agak sibuk, tapi ruangan blog ini tetap saya pantau. terutamanya pengunjung-pengunjung blog ini. Terima kasih diucapkan kepada yang sentiasa memantau blog yang tidak seberapanya ini..
Nampaknya, sahabat-sahabtku di seberang Laut Cina Selatan sana juga sudah ramai yang mempunyai blog peribadi masing-masing. Mungkin saya kurang alert. Maaf dipinta, kerana tak sempat nak tagged link domain blog antum..insyaAllah..ada kelapangan akan saya usahakan. Tahniah untuk yang mempunyai blog, dan teruskan berblog, kerana di ruang inilah segala idea peribadi yang boleh dikongsi dan pandangan apa sahaja boleh disuarakan dan dikongsi bersama.
Nampaknya setakat ini sahaja coretan pelepas tension ku..huhu..insyaAllah ada masa, akan diusahakan menambah posting..
Hayati Ramadhan dan tigkatkan prestasi luar biasa!!
CCNA EXPLORATION ANSWER
Yes Rendy..can i help u? what do u want to explore? habaq mai kat cheq..hehe
Selamat berpuasa...semoga teguh iman di dada