Hari Ini Cuti, MC

Assalamualaikum dan salam sihat berbahagia buat yang sudi membaca blogku...


Semalam adalah malam yang menyesakkan dan memberi pengajaran. Lebih kurang sehingga ke pukul 2.00 subuh aku bergelumang dengan embun subuh kerana membantu salah seorang kawanku menyelesaikan masalahnya. Masalah peribadi...dan aku, seolah-olahnya macam kaunselor malam semalam..huh, letih dan lesu dek kerana penat bermain dengan emosi. Syukur, selesai jugak masalah tersebut walaupun bukan 100%. Dalam masa yang sama aku menemani sahabatku yang tengah konvo berulang alik dari satu kolej kediaman ke satu kolej kediaman, ziarah menziarahi sahabat lain yang mana yang sempat..Lebih kurang pukul 2.00 subuh baru balik bilik..huh..


Akhirnya hari ni, aku terpaksa bercuti sakit kerana kurang sihat..sebelum tidur subuh tadi, dah terasa kepala berdenyut dengan badan terasa letih dan lesu..Bangun pagi dah rasa sejuk dan panas semacam, lepas tu terus contact bos memaklumkan yang saya tak dapat datang kerja.


Mengimbas kembali..Malam pertama konvo, aku pegi funfair naik 'merry go round' dengan sahabat yang baru selesai konvo. Walhal aku yang teringin, maklum dah lama tak naik 'pusing-pusing' kat tapak ekspo konvo. Berpusing jugakla kepalaku. Semalam pulak, sebelum jadi kaunselor tak bertauliah aku sempat membeli sepasu pokok. Seronok bukan kepalang. Dah lama teringin nak beli pokok sebagai tambahan pokok kat bilik yang masih single dah lama tak berteman..Kali ni, pokok yang lama dah ada teman, senang hati tengok bila balik kerja dari praktikal tambah pulak dengan suasana tension dari pejabat..alhamdulillah sejuk je rasa mata ni bila balik tengok pokok yang dok bela..hmmm, tempat utama pokok baru dan lama adalah kat atas meja sebelah monitor. Tempat lepak utama setiap hari..hehe.. Sedikit lampiran gambar pokok baru, pokok lama dan suasana baru atas meja study merangkap meja lepak..

Ini pokok baru yang real tau, bukan plastik..dah tambah ribbon merah kat pasu


Ini pokok lama, cuma tukar jelly color je kat dalam balang


Suasana baru kat meja pc@ meja study @ meja lepak



Monday, 30 March 2009
Posted by AnakBulan

Tanya Khabar MEREKA Yang Jauh

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua pembaca blogku...


APA KHABARMU DI SANA?
LAMA SUDAH TAK BERTEMU...
APA KHABARMU DI SANA....SAHABATKU SAYANG...


Begitu antara rangkap ayat yang seolah-olahnya sama dengan lagu lama Ramlah Ram (kalau tak silap)...cuma diakhir baris ayat tersebut sepatutnya perkataan 'sayang', aku gantikan dengan perkataan yang lagi bersih dan terang serta jelas (clear) untuk pembaca blogku dengan ayat 'sahabatku sayang'.


Baru sahaja selesai menelefon sahabat yang berada jauh di seberang Laut China Selatan. Sejauh mana ingatanku kepada sahabatku itu. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang serba tak kena, seolah-olah aura dari sahabatku itu. Lantas, telefon yang ada di hadapanku kucapai dan mendail nombor telefonnya sambil bateri dicas.

Syukur aku menelefon, dan tanya khabarnya di sana...rupanya sahabatku di sana sedang menghadapi masalah. Akulah tempatnya meluah sebentar tadi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lega sedikit bebanan perasaan yang ditanggungnya selepas meluah kepadaku. Namun, berat lagi bahu yang memikul berbanding orang yang hanya mendengar masalah beliau.

Postingku kali ini, cuma ingin mengingatkan diri dan sahabat di luar sana yang mungkin sudah lama tidak berhubung samada melalui maya atau realiti di hadapan mata. Kadang-kadang bila ada di hadapan mata sangat susah untuk bertanya khabar, maklum..ada di hadapan mata..begitulah kebiasaannya, kerana sangka mereka sihat sahaja..ye lah, dah di depan mata..takkan tak sihat..kadang-kadang memang kejam sangka tersebut.


Ringan-ringankan hati, mulut dan tangan untuk mendail nombor-nombor mereka yang payah kita jumpa. Siapa tahu, mereka ada masalah yang mana kita boleh membantu. Itulah tandanya ukhuwah. Bila jauh, terasa kita ada perasaan serba tak kena seolah-olah firasat kita kepada sahabat kita yang tengah menghadapi masalah. Tak perlu definisi yang panjang mencari maksud ukhwah, kerana kita tahu, siapa kalangan sahabat yang memang mampu boleh dikategorikan dalam konteks 'ukhwah'. Tidak semua sahabat kita mampu untuk kita bercerita dan berkongsi masalah. Bukan maksud mereka yaang rasa-rasa kita tak boleh nak berkongsi masalah itu tiada rasa ukhuwah. Analoginya begini: Nasi goreng ada banyak jenis tapi rasa nasi goreng itu berbeza-beza untuk orang yang merasanya, mungkin ada yang kata 'sedap', 'cukup rasa', 'sedikit masin' atau sebagainya. Padaku, begitulah keadaannya ukhuwah. masing-masing boleh tahu di lubuk hatinya. Tanyalah hati masing-masing, adakah anda rasa apa yang aku rasa? adakah anda rasa apa rasanya ukhuwah? adakah anda rasa apa yang aku ingin sampaikan??? Apa-apalah..semoga trengkasku kali ni boleh dirasa dan difahami untuk mereka yang merasainya..


Kesimpulannya, tanyalah khabar mereka di sana...yang jauh di mata hatta yang dekat di mata..Apa kata hati?

Salam perkhabaran dariku seorang AnakBulan daripada 'rindubulan.blogspot.com' .




Wednesday, 4 March 2009
Posted by AnakBulan

Kesian anak bangsaku ~PPSMI

Assalamualaikum dan salam penuh ceria berakal untuk pembaca blogku..Sedikit titipan untuk posting kali ni...




Terharu membaca karangan pelajar UPSR subjek Bahasa Melayu(BM). Lawak pun ye jugak. Gelak punya gelak, terfikir juga nasib anak bangsa kita setelah PPSMI telah diwartakan oleh Tun M. Kiranya aku ni bernasib baik kerana terlepas, namun bagaimana pula dengan nasib adik-adik kita sekarang ni?? Kalau karangan BM pun adik-adik UPSR masih bermasalah inikan pula jika subjek Sains dan Matematik diajar, disoal dan dijawab dalam Bahasa Inggeris (BI). Pelik kan. Seolah-olah tiada cara lain untuk tingkatkan penggunaan BI di kalangan pelajar-pelajar sekolah, menambahkan masalah ada la..analisis di bandar besar MUNGKIN peningkatan keputusan untuk subjek Sains dan Math meningkat..tetapi, sejauh mana PENINGKATAN dan KESANnya di kalangan pelajar-pelajar di luar bandar hatta yang di ceruk dan kawasan pedalaman sana...TERPAKSA KERANA DIPAKSA! yakin dan sangat yakin, pasti mereka malas nak masuk kelas Sains dan Matematik! huhu


Disini, dilampirkan sedikit karangan kisah benar pelajar UPSR yang menulis karangan dalam BM..cuba bayangkan kalau adik tersebut jawab Sains dan Math dalam BI??? ada berapa banyakla 'superhero' dalam jawapannya nanti..huhu..dipetik dari blog Faisal Tehrani..

=============================================================


Karangan pelajar yang menduduki UPSR ini sungguh mengejutkan. Sebagai pembimbing Minggu Penulis Remaja hampir sedekad, sesungguhnya saya tidak terkejut. Ia mungkin lucu, tetapi ia juga menakutkan kita. Terima kasih kepada adik saya yang bertugas di Jabatan Nazir Sekolah yang menyerahkan salinan karangan ini:



Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.



Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.



Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.



Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.



"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."



Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.



Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.



Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


===============================================================

Setelah membaca, apa kata anda??? Salam ceria penuh berakal~


Monday, 2 March 2009
Posted by AnakBulan
Tag :

Kompilasi Aktiviti Sepanjang Praktikum

Assalamualaikum wrbt...

Salam penyejuk hati penawar jiwa buat pengunjung blog saya..sudah lama tidak terupdate..maaf dipinta andai tertunggu-tunggu coretan yang tidak seberapa. Terdengar bebelan sahabat dek kerana sudah lama blog ini bersarang. Maaf dipinta.


Sebenarnya saya sendiri sudah jemu dengan isi kandungan blog saya yang diabaikan oleh yang empunya blog. Siapa lagi kalau bukan diriku. Terasa seolah-olah sudah ketinggalan zaman. Apa pun, dikesempatan malam ini diharapkan diberi kekuatan akal, hati dan jari jemari untuk memecahkan gelembung ayat yang sudah lama bersarang di kepala..tinggal menunggu masa untuk diletupkan..pop!


Semenjak praktikal, memang diakui terlalu sibuk. Pergi pejabat seawal pagi dan pulang ke hostel pula selewat malam. Seperti kebiasaanya, pulang selepas maghrib ditemani profesorku yang menghantarku sehingga ke gigi jalan DPP MAS. Penat! Memang penat..ada kalanya pulang selewat 10pm ke 11pm begitu. Pernah sekali tidur di ofis kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan..Selalu saja teringat lagu nasihat ’ingat 5 perkara sebelum 5 perkara’, antara yang terasa ialah ’masa lapang sebelum sibuk’...hmmmm...Semoga kerja-kaerjaku ada manfaatnya..


Setelah beberapa minggu dan bulan melalui minggu praktikum, terasa rindu juga dengan sahabat yang satu batch denganku..”batch BANJIR” gelarannya..maklumlah, minggu pendaftaran semasa baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Sintok ini adalah musin banjir besar di kawasan Jitra dan yang terhampir dengannya..ada hikmah semuanya..Sekurang-kurangnya, dapat jugala aku merasa jambatan baru menuju ke HEP laluan utamaku setiap hari ke kuliah sehinggalah sekarang ini..Sahabat sebatch ku semuanya praktikal di tempat lain..tinggallah aku di sini..Di hutan sintok nan indah (cover2).


Minggu ini, aku terlalu penat memikirkan tugasan yang perlu aku laksanakan sepanjang praktikum. Biasalah..sistem..sistem sistem..boring jugak sudah bah!

Borang-borang yang perlu diteliti dan diamat-amati


Sebagai extra yang bakal menyerabutkan otakku ialah, program yang bakal aku pilih untuk semester depan. Itupun, kalau ada rezeki i’Allah..huhu..perlukah aku teruskan program majoring di bawah fakultiku atau tukar bidang sahaja..codding..codding..codding...boring bah! Mahu saja aku lari..tapi kadang-kadang terasa sayang kerana sudah banyak suka duka programming yang aku lalui sepanjang undergraduate..postgraduate pulak??? Huhu..istikharah dulu lah.penat jugalah memilih tempat pilihan dan budget kewangan yang perlu diaturkan..Sudah beberapa hari dok survey je..tak larat..Apa-apa pun, sintok juga la pilihan utamaku, kerana ku rasakan kekangan yang ada yang boleh mengawal serba sedikit keinginan yang tidak patut..contoh, berjalan jauh ke Alor Star..bas di sintok tidak banyak. Kena fikir dua tiga kali kalau nak keluar ke Alor Setar...naik bas 2 jam..kena budget masa sehari semalam..huhu..pegi pagi balik malam..penaaat laaa...baik duk bilik..haaaa kan jimat tu..kesudahannya, area UUM jugakla aku terokai..sambil berjimat..


Kepada adik-adik yang ingin menemui akak, i’Allah akak lapangkan waktu khamis malam jumaat..jumpa di masjid uum..jom bersama Rakan Masjid UUM.


Antara 3 buku pilihan harian


Ooo lupa pulak..di ruang yang sedikit ini dilampirkan sedikit penghargaan kepada sahabatku yang menginfakkan buku-buku yang telah dibacanya kepadaku..Semoga dimurahkan rezekinya..Best buku-buku ni..tapi, masih dalam proses pembacaan..


Rasanya cukup setakat ini dulu. Lari dari tajuk posting..hehe..maaf..piring hitam rosak..x jadi kompilasi..to be continue....Sekian, terima kasih...



(Sebentar lagi meeeting blok, aku ingin ’betapok’ di bilik dan matikan lampu, seolah-olah tiada orang..teruskanlah meeting adik2 blok..huhu..akak penat).


Sunday, 8 February 2009
Posted by AnakBulan

1430H & Rejim Zionis Israel!

Salam Maal Hijrah 1430H dan salam kasih sayang untuk semua umat islam di pelosok dunia..

Sebagai permulaan yang mendung di petang Sintok ini, ucapan selamat tahun baru Hijri kepada semua sahabat pengunjung blogku. Bersempena dengan tahun baru ini, bukanlah waktunya untuk menyambut dengan belon2 dan air oren seperti tahun baru Masihi. Hebatnya islam itu, apabila ummatnya bersatu padu dan mengenang kembali sejarah silam erti hijrah sebenar. Apapun, dengan kegawatan ekonomi yang kian terasa kini mungkin selaku pelajar di Sintok ini terpanggil untuk berfikir bagaimana untuk memantapkan ekonomi dan bagaimana meraih pekerjaan kelak kiranya sudah bergelar graduan..huhu apa yang aku merepek ni? aahhhh...ligat otakku..

Tujuan sebenar posting kali ni adalah untuk mengucapkan salam maal hijrah. Dalam suasana maal hijrah yang aman damai di negara kita ini, marilah sama-sama kita merasa keperitan maal hijrah di dunia lain, terutama di semenanjung Gaza bersama saudara semuslim kita rakyat Palestin. Serangan daripada Rejim Zionis Israel laknatullah yang bertubi-tubi sehingga menyebabkan lebih 200 warga Palestin dari pelbagai golongan telah syahid. Apa tindakan kita selaku saudara semuslim kepada warga Palestin di daerah sana? adakah cukup sekadar melihat berita, merasa sedih seketika dan doa akhir dan awal tahun baru hijrah untuk diri sendiri sebagai tanda kasih sayang kita dengan mangsa rejim zionis di sana? Pihak berkaitan seperti OIC adakah perlu hanya sekadar ucapan kecaman sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya...

Teringat kata-kata seorang sahabatku.."Alangkah bagusnya kalau kita semua umat islam bersatu padu menentang puak Israel yang semakin melampau! sekiranya setiap seorang muslim cukup dengan meludah dan dikumpulkan kesemuanya, nescaya banjir ludah tanda terkutuknya orang-orang Israel dengan rejim zionisnya!"

Selaku blogger muslim, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengajak kesatuan blogger muslim di seluruh dunia agar sama-sama menunjukkan protes dan mengecam tindakan puak rejim zionis di atas tindakan menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa..sama-sama kita doakan agar mereka di sana lebih kuat dari segi kekuatan rohani dan jasmani untuk menyerang balas puak Israel laknatullah..andai diberi peluang untuk menjadi salah seorang warga Malaysia yang dihantar ke sana, saya sanggup untuk bersama-sama dengan mereka..kerana tiada istilah 'kalah' di sana..antara syahid dan pembebasan fizikal...
Monday, 29 December 2008
Posted by AnakBulan

Kalau Dibaling Dengan Buah Kelapa Sawit?


Pembuat sepatu Turki terima tempahan dari seluruh dunia

Aku rasa, kalau dibaling dengan buah kelapa sawit tentu harga kelapa sawit di Turki juga menguntungkan..huhu ada kelapa sawit kah di Turki?..bila orang mencari kelapa sawit, tentu Malaysia salah satu negara yang dicari..Lepas tu, Sabah tentulah negeri yang dicari..bolehla kakak sepupuku di Lahad Datu menikmati harga kelapa sawit yang menguntungkan, kerana permintaan dunia yang meningkat..huhu...apa-apa pun, semoga wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi dibebaskan segera. Padaku, beliau antara wartawan yang tidak hipokrit dan boleh dijadikan contoh tauladan kepada wartawan-wartawan seantero dunia. Padan muka Bush! kalau Muntazer al-Zaidi baling dengan kasut busuk lagi hapak, bersabdu-sabdula padan muka Bush! aku sokong...apa la yang aku merapu ni...kerja-kerja! Baiklah..

(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/
Dunia/20081223075257/Article/index_html)

Tuesday, 23 December 2008
Posted by AnakBulan

Praktikal : Teori vs Kemahiran

Salam kasih sayang untuk diriku dan pengunjung blog...

Hari ini genap 9 hari aku praktikal di lembah Sintok ini. Setiap hari ada kalanya sibuk dan tidak sibuk. Biasalah, minggu pertama dan bulan pertama memulakan praktikal. Di sinilah ruang untuk aku praktikkan ilmu teori yang aku pelajari sepanjang 3 tahun di Sintok. Kadang-kadang terfikir juga di otakku, orang yang bijak dari segi teori ni tidak semestinya cemerlang dari segi praktikalnya. 'Belajar untuk lulus exam', begitulah ungkapan yang biasa kudengar dikalangan siswa sisiwi di mana-mana universiti. Hakikatnya, orang yang tidak terlalu bijak dari segi teori selalunya boleh mempraktikkan ilmu lebih baik dari orang yang suka 'menghafal' fakta dari buku nota..huhu..Walaubagaimanapun, jika teori dan praktikal dapat digarab dengan sempurna, sesungguhnya siswa siswi tersebut adalah antara yang cemerlang ditambah lagi dengan sifat rendah diri, ikhlas dan sentiasa ingin tahu...Untuk diriku pula, masih cuba untuk tahu banyak perkara..Antara teori dan praktikal,dua-dua perkara yang penting!
Posted by AnakBulan

Happy Birthday Buat Diriku Yang Tersayang


Selamat Hari Lahir Untuk Diriku Sendiri..Semoga lebih tabah mengharungi mehnah dan tribulasi di hari-hari mendatang. Semoga dimudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan untuk beribadah. Semoga misi dirancang tercapai insyaAllah..INGAT! Sabar dan tenang dalam menghadapi apa jua luka-luka yang merobekkan hati, perasaan dan minda. Sesungguhnya, apa jua yang Allah timpakan ke atas hambaNya, pasti ada seribu satu hikmah disebaliknya...BAIKLAH!!! Terima Kasih DIRIKU kerana mencipta pengalaman dalam hidupku. Ia adalah ilmu yang paling berharga...i Love My Self!!!

Thursday, 27 November 2008
Posted by AnakBulan

Hatiku Di Afghanistan


Perang yang diluncurkan agresor AS di Afghanistan menorehkan luka dan penderitaan bagi jutaan rakyat Afghanistan. Duduk di dalam rumahnya yang sederhana di sebuah bukit yang suram sambil melihat ibukota Afghanistan dari kejauhan, Waheeda tidak tahu lagi kemana harus meminta bantuan.

"Aku bahkan tidak bisa minum sendiri," keluh Waheeda kepada AFP, Sabtu 22 November.Waheeda adalah seorang ibu dari enam orang anak yang kehilangan kedua tangan dan satu kakinya dalam sebuah ledakan di Kabul beberapa tahun lalu.
Wanita Afghan ini juga tidal lagi dapat melihat dengan jelas dan wajahnya pun dipenuhi goresan bekas luka. Bahkan dia juga ditinggal suaminya yang juga meninggal dalam sebuah serangan.

Anak perempuannya yang berusia 15 tahunlah yang menjadi tangan dan kakinya, memasak, membersihkan dan menyuapi dia makan dan minum.

Saat ini Waheeda dan anak-anaknya tinggal bersama adiknya yang seorang polisi.
Sekitar 2,7% penduduk Afghanistan, kira-kira tiap satu dari 5 keluarga mengalami kecacatan, menurut sebuah cacatan survei Handicap International. 36 % cacat fisik, 26 % cacat sensorial, 20 % epilepsi dan 10% cacat mental.

Di tempat lain, Nafisa, wanita 27 tahun memiliki wajah yang rupawan tetapi tidak memiliki kaki. Dia menyeretkan badannya untuk bergerak dalam rumahnya yang bersih, dia bahkan tidak bisa naik kursi roda sendirian. Nafisa sendiri juga kehilangan empat saudaranya.
Itulah gambaran kehidupan rakyat Afghanistan yang terus dilanda peperangan. kaum-kaum kufar terus mengincar Afghanistan sebagai lahan pertempuran bagi mereka untuk menghancurkan negeri-negeri kaum muslimin.(End)


******
Muslimat Afghanistan Gagah Perkasa, Cantik Sabarnya, Indah Redhanya...aku???




Monday, 24 November 2008
Posted by AnakBulan

Harga Minyak..Kerajaan memang 'naik minyak'

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.

Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.

"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong.

"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.

Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.

Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.

Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.

Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62.

"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.

"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.

Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.
Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.

Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.

Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.

Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai. _

Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18002&Itemid=1

*** Rakyat bukan tidak ada akal. Jangan mempergula-gulakan sekalian penghuni Malaysia
Saturday, 22 November 2008
Posted by AnakBulan
Tag : ,

Menyorok @ 'Betapok'

Hmm..nak sembunyi kat mana ye??

Posted by AnakBulan
Tag :

Jom Rehatkan Minda

--Pandang, teliti dan hadamkan kod di bawah...
insyaAllah sakit kepala anda akan sembuh--


Option Explicit
'Q1'Dim X0, X1, X2, X3 As IntegerDim Q1 As Single
'Q2'Dim Y0, Y1, Y2, Y3 As IntegerDim Q2 As Single
'Q3Dim A0, A1, A2, A3 As IntegerDim Q3 As Single
'Q4Dim B0, B1, B2, B3 As IntegerDim Q4 As Single
'define r as row and c as column'Dim r, c, counter As Integer
'variable for FAM TableDim minValues(1 To 3, 1 To 3) As Integer
'Variable for dimensional arrayDim minValue(1 To 9) As DoubleDim question1(1 To 9), question2(1 To 9) As DoubleDim cvLess, cvModerate, cvMore, cvFocus_Goal, cvMedium, cvFocus_Relationship As Double
'Variable Declaration for subroutine fuzzy_defuzzyficationDim rule(1 To 9) As StringDim actual_time(1 To 9) As DoubleDim z0, z1, z2, z3 As DoubleDim upperCOA, belowCOA, crispMinVal As Double
Private Sub CmdKira_Click()
'Error Message if input 0If lblSlider1 = "0" Then MsgBox "Please Select Your Answer For Question NUMBER 1", vbInformation, "Information Message" Exit Sub Else If lblSlider2 = "0" Then MsgBox "Please Select Your Answer For Question NUMBER 2", vbInformation, "Information Message" Exit Sub Else If lblSlider3 = "0" Then MsgBox "Please Select Your Answer For Question NUMBER 3", vbInformation, "Information Message" Exit Sub Else If lblSlider4 = "0" Then MsgBox "Please Select Your Answer For Question NUMBER 4", vbInformation, "Information Message" Exit Sub
Else
'Fuzzification for Q1'Call Fuzzification_Q1
'Fuzzification for Q2'Call Fuzzification_Q2
'Fuzzification for Q3'Call Fuzzification_Q3
'Fuzzification for Q4'Call Fuzzification_Q4
'for call Famtable1'Call FamTable1
'for call Famtable2'Call FamTable2
'for call Famtable3'Call FamTable3
'for call Fuzzy Defuzzyfication'Call Fuzzy_defuzzyfication
End IfEnd IfEnd IfEnd If
End Sub
Private Sub Fuzzification_Q1()
'define Slider1.value as Q1'Q1 = Val(Slider1.Value)
'VALUE FOR MEMBERSHIP FUNCTION GRAPH OF Q1'X0 = 30X1 = 40X2 = 80X3 = 90
'Zone 1 If Q1 <= X0 Then cvLess = 1 cvModerate = 0 cvMore = 0 'Zone 2 ElseIf Q1 >= X0 And Q1 < cvless =" (X1" cvmoderate =" (Q1" cvmore =" 0">= X1 And Q1 < cvless =" 0" cvmoderate =" 1" cvmore =" 0">= X2 And Q1 < cvless =" 0" cvmoderate =" (X3" cvmore =" (Q1">= X3 Then cvLess = 0 cvModerate = 0 cvMore = 1
End If
End Sub
Private Sub Fuzzification_Q2()
'define Combo2.Text as Q2'Q2 = Val(Slider2.Value)
'VALUE FOR MEMBERSHIP FUNCTION GRAPH OF Q2'
Y0 = 30Y1 = 40Y2 = 80Y3 = 90
' Zone 1 If Q2 <= Y0 Then cvFocus_Goal = 1 cvMedium = 0 cvFocus_Relationship = 0 ' Zone 2 ElseIf Q2 >= Y0 And Q2 < cvfocus_goal =" (Y1" cvmedium =" (Q2" cvfocus_relationship =" 0">= Y1 And Q2 < cvfocus_goal =" 0" cvmedium =" 1" cvfocus_relationship =" 0">= Y2 And Q2 < cvfocus_goal =" 0" cvmedium =" (Y3" cvfocus_relationship =" (Q2">= Y3 Then cvFocus_Goal = 0 cvMedium = 0 cvFocus_Relationship = 1
End If
End Sub
Private Sub Fuzzification_Q3()
'define Slider1.Count as Q3'Q3 = Val(Slider3.Value)
'VALUE FOR MEMBERSHIP FUNCTION GRAPH OF Q3'A0 = 30A1 = 40A2 = 80A3 = 90
'Zone 1 If Q3 <= A0 Then cvLess = 1 cvModerate = 0 cvMore = 0 'Zone 2 ElseIf Q3 >= A0 And Q3 < cvless =" (A1" cvmoderate =" (A1" cvmore =" 0">= A1 And Q3 < cvless =" 0" cvmoderate =" 1" cvmore =" 0">= A2 And Q3 < cvless =" 0" cvmoderate =" (A3" cvmore =" (Q3">= A3 Then cvLess = 0 cvModerate = 0 cvMore = 1
End If
End Sub
Private Sub Fuzzification_Q4()
'define Slider1.Count as Q4'Q1 = Val(Slider4.Value)
'VALUE FOR MEMBERSHIP FUNCTION GRAPH OF Q4'B0 = 30B1 = 40B2 = 80B3 = 90
'Zone 1 If Q4 <= B0 Then cvLess = 1 cvModerate = 0 cvMore = 0 'Zone 2 ElseIf Q4 >= B0 And Q4 < cvless =" (B1" cvmoderate =" (Q4" cvmore =" 0">= B1 And Q4 < cvless =" 0" cvmoderate =" 1" cvmore =" 0">= B2 And Q4 < cvless =" 0" cvmoderate =" (B3" cvmore =" (Q4">= B3 Then cvLess = 0 cvModerate = 0 cvMore = 1
End If
End Sub
Private Sub FamTable1()
'need one array to hold confidence value for Load'question1(1) = cvLessquestion1(2) = cvModeratequestion1(3) = cvMore
'need one array to hold confidence value for Dirt'question2(1) = cvFocus_Goalquestion2(2) = cvMediumquestion2(3) = cvFocus_Relationship
'looping to calculate min for row and column'counter = 0For r = 1 To 3 For c = 1 To 3 counter = counter + 1 minValues(r, c) = Min(question1(r), question2(c)) Next cNext r
minValue(1) = Min(question2(1), question1(1))minValue(2) = Min(question2(2), question1(1))minValue(3) = Min(question2(3), question1(1))minValue(4) = Min(question2(1), question1(2))minValue(5) = Min(question2(2), question1(2))minValue(6) = Min(question2(3), question1(2))minValue(7) = Min(question2(1), question1(3))minValue(8) = Min(question2(2), question1(3))minValue(9) = Min(question2(3), question1(3))
End Sub
Private Sub FamTable2()
'need one array to hold confidence value for Load'question1(1) = cvLessquestion1(2) = cvModeratequestion1(3) = cvMore
'need one array to hold confidence value for Dirt'question2(1) = cvLessquestion2(2) = cvModeratequestion2(3) = cvMore
'looping to calculate min for row and column'counter = 0For r = 1 To 3 For c = 1 To 3 counter = counter + 1 minValues(r, c) = Min(question1(r), question2(c)) Next cNext r
minValue(1) = Min(question2(1), question1(1))minValue(2) = Min(question2(2), question1(1))minValue(3) = Min(question2(3), question1(1))minValue(4) = Min(question2(1), question1(2))minValue(5) = Min(question2(2), question1(2))minValue(6) = Min(question2(3), question1(2))minValue(7) = Min(question2(1), question1(3))minValue(8) = Min(question2(2), question1(3))minValue(9) = Min(question2(3), question1(3))
End Sub
Private Sub FamTable3()
'need one array to hold confidence value for Load'question1(1) = cvLessquestion1(2) = cvModeratequestion1(3) = cvMore
'need one array to hold confidence value for Dirt'question2(1) = cvLessquestion2(2) = cvModeratequestion2(3) = cvMore
'looping to calculate min for row and column'counter = 0For r = 1 To 3 For c = 1 To 3 counter = counter + 1 minValues(r, c) = Min(question1(r), question2(c)) Next cNext r
minValue(1) = Min(question2(1), question1(1))minValue(2) = Min(question2(2), question1(1))minValue(3) = Min(question2(3), question1(1))minValue(4) = Min(question2(1), question1(2))minValue(5) = Min(question2(2), question1(2))minValue(6) = Min(question2(3), question1(2))minValue(7) = Min(question2(1), question1(3))minValue(8) = Min(question2(2), question1(3))minValue(9) = Min(question2(3), question1(3))
End Sub
Function Min(question1, question2)Min = question1If (question2 < min =" question2" uppercoa =" 0" belowcoa =" 0" z0 =" 120" z1 =" 160" z2 =" 320" z3 =" 360" i =" 1" actual_time1 =" z0" actual_time2 =" z3" actual_time1 =" z1" actual_time2 =" z2" j =" 1" uppercoa =" upperCOA" belowcoa =" belowCOA" crispminval =" upperCOA" text =" crispMinVal" text = "" value =" 50Slider2.Value" value =" 50Slider4.Value" caption =" 0lblSlider2.Caption" caption = "0" caption = "0" caption =" Slider1.ValueEnd" caption =" Slider2.ValueEnd" caption =" Slider3.ValueEnd" caption =" Slider4.ValueEnd">

----Tahniah, anda dah sihat!---




Posted by AnakBulan
Tag : ,

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -