- Back to Home »
- Muhasabah Diri , Relax »
- Research Assistant
Posted by : AnakBulan
Tuesday, 8 September 2009
Assalamualaikum dan salam pengkaji blogger...
Perit mata apabila kaca mata yang telah lama dipakai tiba-tiba pecah. Nasib baik frame tak patah. Kalau tidak, melayanglah duit lagi di masa sempit ni. Selama beberapa hari aku tidak memakai kaca mata. yaaaa rabun, bukan buta. masih boleh melihat sosok tubuh orang-orang disekelilingku. hehe..tapi, agak samar. Kesamaran itu jelas terbukti apabila aku terserempak dengan Ustaz Nizho di depan library kampus. disebabkan hanya perasan kopiah putih ustaz sahaja maka aku buat-buat tak nampak, tapi memang tak nampak. hehe nasib baik ustaz perasan aku tak pakai spek lalu berhenti seketika dan menyapaku..hehe..maaf ustaz..anak murid tak nampak..
Apa pun, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Sebelum aku sempat menggunakan spek yang dibaiki, rezeki datang. Rezeki rabun kot. Research Assistant (RA) atau Pembantu Penyelidik sepenuhnya. Itulah antara sesi temuduga yang aku lalui dengan tidak berspek. Walaupun aku hanya samar-samar melihat penemuduga tu, alhamdulillah, aku berjaya melaluinya dan diterima bekerja sebagai RA untuk Kajian Keberkesanan Program dan Aktiviti Di Rumah Kanak-kanak Kepada Bekas Penghuni Rumah Kanak-kanak JKMM. Kalau mengiku jangkaan, projek ni selama setahun dan respondent dipilih di beberapa buah negeri terpilih seluruh Malaysia. Ketua projek Encik Abd. Razak yang aku boleh andaikan amat prihatin. Kemudian, rezeki datang bertimpa lagi apabila aku juga dipanggil untuk menjadi RA sambilan kepada profesorku masa degree sebelum ni, Prof Madya Fadzilah Siraj. Lepas tu ditimpakan lagi rezeki dengan tawaran RA sambilan kepada Encik Abd. Razak. huhu..alhamdulillah...di masa kesempitan, rezeki datang..bersyukur tak terhingga.
1 RA tetap, 2 RA sambilan. Mulai dari hari aku bekerja, aku sudah mula merancang jadualku dengan sebaiknya, kerana 3 subjek yang aku ambil semester ini juga tidak boleh diabaikan. Semoga Allah mempermudahkan tugasku kali ni. aku sudah mula merasakan kesibukan diriku. Siang bekerja, malam study.huhu..kepada adik-adik kampus, mungkin lepas ni payah nak jumpa akak dah..kalau rajin mai la datang kolej akak..insyaallah malam akak free..sian kat hangpa..huhu
Ok lah, jap lagi nak beransur pulang. Doakan agar urusanku semua dimudahkan..syukran jazilan..
huhu..
jelesnya akak, iman jadi RA...
n sambung master lak...
Semoga berjaya yea dik...
tq kak baiti.. :)
assalamualaikum..
tahniah ya.. saye pun tumpang jeles gak..huhu
rasanya cam kenal kamu ni.
Apa2 pun moga2 Allah Ta'ala mempermudahkan segala urusan kita dunia akhirat.
AMEEEN..
waalaikumussalam..
tak ada apa yang perlu ditahniahkan.. :)
Siapa ya?? mari kita kenal2, sy pun tak brp kenal lg ni..
Salam ta'aruf