Pesta Buku Antarabangsa KL 2015 + Pecah Cermin Kereta!

Assalamualaikum viewers,

Agak keras benda yang nak cerita kali ni.  Pengalaman di luar jangka.

Nak dijadikan cerita, musibah akan datang bila-bila masa.  Jadi, sentiasalah berwaspada ya.  Kes pecah cermin kereta! yeessssss, dah berderai dah kaca tu. Di pesta buku pulak tu. huiihhh...koyak ja rasa.  Bukan saya, tapi suami saya. hehe..Sabar ya bang :P

Ok, ceritanya macam ni:

Petang tu, dah amik kakak di KLIA yang datang dari Labuan semata-mata nak claim waran tiket kapal terbang yang tak guna lagi, dia pun berhajatla jugak nak datang KL sebab nak pegi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL).  Sama macam saya, first time. huih. Pengalaman yang kelat2 manis jugaklah kan. haha

Kitorang sampai di PBAKL tu pun dah malam, jadi jangkaan kami kena beronggeng mencari buku selama sejam setengah saja sebelum event tutup untuk hari tersebut.  Sekejap ja. Jadi running man ja rasa.  Kitorang pegi hari Sabtu.  Rasanya, kalau malam tak ramai sangat la daripada waktu siang yang macam kawan-kawan cerita.  Boleh lagila lari-lari anak rentap dan bayar buku.  Sampai di PWTC tu pun parkingla kat area parking bawah tanah tu.  Memang seram jugala, sebab suram ja suasana. Kalau malam, bayaran parking agak murah jugakla.  RM4 saja.

Dah parking tu, apa lagi...operasi running man dalam masa sejam setengah saja okay! sebelum segala booth tutup.  Owh suka suki dah la dalam tu banyaaaaakkkk buuukuuuuuu muraaahhhh puulaaaakkk tuuu..haha..(baca: macam tu la perasaan saya ayat perkataan panjang2 tu..miahaha)

Siap bergambar2 lagi dengan kakak saya dan suami saya.kihkihkih..
sukaaaa la katakan. First time


Bila dah habis masa (kena sound pulak oleh penjual buku, masa dah abis katanya. Dia nak tutup booth.hehe) kitorang pun pulangla ke kereta.  Jurujual buku tu baik hati angkat berkotak2 buku milik murid sekolah kakak saya.  Milik kakak saya 30kg okay! berpeluh gak laaa...haha..saya n suami tak banyak sangat..haha..owh ayat baik..tak banyak yeeee...buku orang.  haha..buku kami, ada la jugak..kikiki

Bila sampai parking kereta kat bawah tu (tak ada la jauh sangat dari pintu tempat event kami keluar tu), tiba-tiba.....jeng jeng jeng..."Owh abang, cermin kereta pecah!!!".  Suami saya dengan tenang datang tengok cermin kereta dan dia pun investigate macam cerita csi.  Katanya dia mesti aim nak amik beg kat seat belakang.  Beg pakaian kakak saya.  Beg laptop tapi isinya pakaian untuk satu hari satu malam. Lupa nak simpan di tempat yang sepatutnya.  PWTC kot, ingat selamat! huahuahua..cuak la jugak! first time! kitorang pun pegi la report  kat polis di kaunter depan yang berjaga di kaunter event dan report di pengurusan keselamatan PWTC. huhu.



Rupanya, malam tu kami bertembung dengan satu lagi kereta yang kena pecah cermin kereta jugak. Maksudnya ada dua kes malam tu.  Polis bagitau, kes penyeluk saku, lagi ramai dia tangkap untuk hari tu saja. Seram!  Sebenarnya, handbag saya pun ada jugak kat bawah seat depan kereta.  Tapi mungkin pencuri tak sempat grab atau tak perasan. Syukur juga la. Dalam handbag saya tu ada passport n kunci penting.  Handphone n wallet saya bawa.

Nak dijadikan cerita, kitorang pegi buat report jugak di Balai Polis Dang Wangi dengan geng yang kena pecah kereta tu jugak.  Kami berkawan-kawan di sana. Dia dengan suaminya.  Masa tu dia simpan barang dalam keretanya dengan barang-barang pekerjanya.  Dia buka booth di PBAKL tu. Hebat kan, dia Bos. hehe. Eh tapi yang bestnya, barang-barangnya yang dalam kenderaan telah dijumpai jugak di kawasan parking tu jugak sebelum dia buat report di dang wangi tu.  Dia kata, yang hilang hanya powebank handphone saja.  Barang lain, ada alhamdulillah.  Brang kami memang tak jumpa.  Dah pusing cari area parking tu pun tak jumpa jugak.  Nasibla.

Okay, sambung cerita.  Tiba2 masa tengah buat report polis tu datangla inspektor polis yang bertugas di PWTC tu tadi.  Dia kata jumpa beg kakak saya.  Jumpa di bawah kereta lain area parking tu jugak. Dalam tu ada pakaian dan bekas tupperware (itu bekal saya dan suami tadi.  Sambal mak mertua. Rajin gak penjahat tu mengemas kan).  Bersyukur la kami, alhamdulillah.  Bila check, yang hilang hanya kepala charger handphone kakak saya dan minyak wangi dia.  Huh.  Barang elektronik ja dia curi banyak.  Memang dia ingat beg laptop la kot, padahal pakaian. Menyesal kot dia pecahkan.  Kami gak yang rugi. Huhuh

Syukurlah suami saya ada amik insuran tambahan cermin kereta.  Malam tu kami balut cermin pecah tu dengan plastik hitam bila sampai rumah.  Kereta kena bermalam di parking awam dekat rumah, risau gak kan.

Esoknya kami terus cari kedai cermin kereta.  Kena buat hari tu jugak, sebab suami saya kerja shif malam dan kereta kena parking dan risau hujan.    Pusing punya pusing, maka jumpala kedai cermin kereta.  Kitorang syorkan pegila kedai cermin kereta ni.  Cina, tapi tak mahal sangat dan kerjanya sangat teliti kami perhatikan.  Kami ada tanya kedai melayu, tapi agak mahal jugala. Huhu. No komen. Berbaik sangka sajalah. Semuanya suami saya bayar dalam RM200 sahaja.  Tidak termasuk tinted.

Ini gambar kedai tu 
(Ehem! tokey, kena bayar ni. Iklan free. hehe)
Barang baik tak salah kongsikan :p




Ini hasil kerja diorang.  
Dalam dua jam macam tu je kitorang tunggu siap.


Dah siap tu, apa lagi. Kitorang sambung shopping di Kenanga Mall. hihi. Sempat amik gambar dari kedai cermin kereta tu sampai kenanga. (Cit! perasan model :p)


Last sekali, nak tujuk gambar hasil rembatan buku di PBAKL. Happy jugala walaupun dengan tragedi masam tu. uwekk! Alhamdulillah.

Gambar buku yang tengah tu special sikit..Bukunya menarik, banyak tips.
Orang yang pandai mengemas akan lebih hebat jika gunakan teknik yang betul dalam mengemas rumah kan. Jimat tenaga. hehe.  kuaangkuangkuang.




Okay, sekian cerita saya. Jumpa lagi untuk post yang seterusnya. hihi
Panjang sangat cerita malam ni. huh. 













Wednesday 6 May 2015
Posted by AnakBulan

Cuti orang PJJ

1 Mei. Hari Buruh/Pekerja.



Utk orang seperti saya ni, PJJ itu sangat menguji. Owh yeah, lupa jelaskan. Biasa dah orang panggil PJJ atau istilah dramatiknya ialah Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Saya orang Sabah bekerja juga di Sabah. Suami tercinta saya juga orang Sabah tetapi bekerja di Selangor. Karen ja rasa hati kan duk jauh2 ni. Lagi sentap bila berkali-kali mohon pindah tempat kerja tapi masih belum berjaya. Hujung bulan mei ni, inshaAllah genaplah usia 2 tahun perkahwinan kami. Maka genaplah juga usia 2 tahun PJJ kami. Sadis kan. Ujiaaann. Ada orang lagi lama PJJ dari kami. Jadi, ini hanya ujian kecil buat kami. Ibaratnya spt taik kuku di hujung kuku! Cit kotoq ja ibarat. Haha

Untuk menyejukkan hati, saya fikir mungkin belum tiba masa Allah pindahkan saya. Belum tiba masa sesuai okay, bukan tak dapat langsung. Positif je la kiah! Hehe. Rezeki saya masih di sini. Alhamdulillah.

Saya dan suami agak jarang jugala bersua muka dating datingan berdua bersama. Almaklum, kalau nak dating bukan kena naik bas, tapi kena naik kapal terbang dek non! Kalau tak dak duit jgn saja2 mengada melirik di tepi PC macam orang mintak gula2 berhajat tengok harga tiket. Ting tong ja kan. Sabar. Hehe

Pada saya, PJJ ni ada suka duka pahit manisnya. Hanya yang pernah  berPJJsaja yang maklum kan kakak miut. Hehe. Yang paling penting ialah boasakan berkomunilasi. Kalau boleh setiap hari. Eh, telefon ada dek non. Sekarang ni moden, nak mengintai guna video call pun boleh. Kenyit2 mata suami isteri melalui telefon pun jadila, maka inshaAllah akan semakin mekarlah bunga2 cinta dalam hatitu. Hihi. 

Yang paaaliiinggg penting, org PJJ ni kena saling percaya. Dah jauh, doala semoga Allah jaga pasangan suami/isteri kita yang saling brjauhan. InshaAllah tiada perasaan curiga.

Banyak lagi hikmah PJJ ni. Nak cerita pun jenuh la taip dlm blog ni. Hehe. Owh ya, saya sedang menaip dalam kapal terbang, sdg menuju ke kota cinta hati saya. Hihi. Boring dlm flight, maka buatla karangan ni.

Jadinya apa yang duka dan pahit bila PJJ ni?? Ok kak kiah, sabaq naa. Haha. Pada saya yang tak bestnya PJJ ni, kalau suami saya atau saya sendiri yang sakit. Kesian suami. Kalau saya sakit pulak, kena berusaha utk sihat dan tidak sakit. Mengadu melalui telefon je la dengan suami tu. Kita pulak, kalau dengar suami sakit, sedih juga. Ye la, dah rasa hilang nikmat pahala isteri jaga suami sakit. Huhu. Semoga cinta hati saya baik2 dan sihat2 saja di sana. 

Owp. Letih da jari taip notes ni. Jap lagi sampaila. Huhu. Orang yang duk sebelah saya syok ja dia tidur sambil movie tab dia tengok dia tido. Hmmpph. 


Gambar gelap. Baru sampai kehel. Ahamdulillah. Sudah di sisinya. Hehe 😘


Friday 1 May 2015
Posted by AnakBulan
Tag :

Me'movie'kan LALAT

Assalamualaikum lovers,

Salam 1 May. Hari Buruh. 
Hari Lahir sahabat baik saya, Ogy. I love u Ogy. hihi

Merujuk topik di atas. Telah dirujuk. haha. Lalat??? yeah..Lalat? kau kesah ka kiah? kihkih



Takdalah. Saja ja topik tu. Baru selesai tgk movie lalat. Tajuk movie entah apa. Movie Tamil. 
Sejak kebelakangan ini, cerita Tamil jadi pilihan berbanding cerita melayu.  Kegemaran mertua saya. Maka dengan itu, saya juga sudah terjebak. ngehngeh.  

Ceritanya begini:

Dia manusia tapi penjahat dah bunuh.  Sudah mati, kemudia dia lahir semula jadi LALAT (baca: Hero). Bukan lagi manusia. Dia selamatkan heroin dari penjahat yg membunhnya ketika dia manusia.  Heroin ni adalah kekasih hatinya ketika dia manusia di kelahiran sebelumnya.  Sudah jadi lalat pun dia masih cinta heroin itu.  
Hanya heroinnya saja yang faham bahasa lalat (hero) itu.  Hujung cerita, ketika bergelut ingin membalas dendam kepada penjahat tersebut, lalat tu pun mati (jangan sedih: hero takkan mati)
Dah mati ada kelahiran lagi. Lahir lagi jadi lalat lagi.hahaha.hero kot. Mana boleh mati gitu2 saja. .Paling hujung ceritanya ni, heroin tersebut yakni manusia kahwin dengan lalat! hahaha




Sampai ke sudah saya dan mak mertua gelak depan tv.  Cerita Lalat.  Siap ada belasah-belasah tumbuk menumbuk lagi.  kihkihkih.  Lalat okay!

Terkesima dengan cerita tu.  

Kesimpulannya, dalam dunia ni pelbagai makhluk yanng wujud.  Maka tidak salah jika lalat juga ada kisahnya. Lalat juga makhluk, jgn dipandang jijik.  Cumanya, biar kita dengan kisah lalat kita bersama  aqidah kita.  Dalam Alquran juga ada diceritakan hal berkenaan lalat:




A073

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).  (Surah Al-Hajj:  Ayat 73)

Itu saja kisah Lalat kita malam ini.  Yeah, cuba2 nak istiqomah menulis di blog. cittt. podacit :D
Hendak seribu daya, kalau tak hendak tidur lagi sodap!

Ok dah ngantuk.  Bobok jom.  ZZzzz..Opocot! mangga jatuh singgah bumbung. argh! abaikan.


Posted by AnakBulan
Tag :

Mengantuk (wahai mata)

Susahnyalahai mata ni. Ngantuk dah kalau ikutkan. Aishhh.
Kalau macam ni mmg kena ngadap hp je la ye. Udah ler esok kerja. Hmmmppphh 😪😪

Mentang-mentang dah boleh bukak blog ni. Menyampah kak kiah. Ngengada posting ja la kan daripada tak dak ketentuan dan  hala tuju online tak dak pekdah. Huhu

Ok, nak tambah pahala. Jom zikiirrr:

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Semoga mimpi yang indah2 saja malam ni. Muhasabah mcm biasa dan
cuba maafkan orang lain.

Esok kerja.
Yaa kerja.
Semoga dimudahkan.

😰😓


Wednesday 29 April 2015
Posted by AnakBulan

Mulakan Semula Kesayangan Hamba

Bismillahirrahmanrirrahim

MasyaAllah...tiap kali nak start blogging, inila jadinya. Bosan kan. Seolah-olah labah-labah itu sudah biasa di sini. Ok, ampunkan patik (Perasan macam ramai follower :p)

Begitula kebiasaan. Bukan mudah nak biasakan.  Tak tahu kenapa malam ni tiba-tiba rasa nak posting dalam blog.

Semoga istiqomah hendaknya :p again. Ayat ulang2. Entahlah mek kak.

Macam tu lah manusia kan, tiba-tiba ingat pada blog ini. Sayang ditinggalkan begitu.  Saya sedar itu. hehe

Ta'aruf kembali.


  • Saya kini sudah memasuki alam pekerjaan (ala2 alam dewasa. cisss..hihi) sejak Mei 2011. Alhamdulillah, di negeri kelahiran saya tercinta. Sabah.
  • Saya telah berkahwin sejak 31 Mei 2013.
  • Saya pernah mengandung tahun 2014 dan mengalami keguguran ketika usia kandungan 8 minggu. Yeah, sad. Tabah inshaallah. Ujian.  Masih menanti untuk yang seterusnya. Doakan teman. 
  • Saya sayang family saya, walau masih berdua, kami terus berdoa (Harus nyatakan :p)


Tak banyak, tapi itulah antara sebab kenapa sudah lama menyepi.  Inshaallah akan memulakan kembali.  Semoga diberi kekuatan.

Bukan mudah mengharungi hidup.  Masam, manis, masin, pahit, pedas dan segala macam perasaan.  Biasalah kan. Che kak kena tabah. Kita semua kena tabah.  Kerana sepatutnya sebagai hamba kena ada tabah. hehe. Ayat melalut bukan main.  Harap faham la ye.

Ok, stop sini dulu.  Ayat pemula ja ni. hihi


Gambar dengan kekasih hati saya :D
Semoga hingga ke jannah. Amin.



Kembara Menghilang

Assalamualaikum blog,

Lain macam perasaan. Hiah. Terkedu. Mencari password blog dan id nya hampir seputar alam segala macam abjad dicuba. Akhirnya, alhamdulillah blog ini kembali padaku. Hari ini 18 November 2013. Yaaahh. Saya tahu. Sangat lama saya menyepi. Malam ini, biar ini sahaja sebagai permulaan. Kisah saya sudah bergunung tidak saya kongsikan di sini. Sangat lama. Terima kasih Allah :') inshaAllah akan bermula kisah saya di sini. Koreksi diri untuk dikongsikan yang positif bersama mereka yang sudi menjengah blog yang 'berhantu' ini.

Nantikan perkongsian dari saya :)

Monday 18 November 2013
Posted by AnakBulan

Satu TAHUN Tujuh BULAN


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Lailaha illallahu, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

"Maha besar Allah ! Tidak ada tuhan melainkan Allah ! Dan kepada Allah tertuju segala puji dan syukur"


Salam Aiduladha 1433H,

Subhanallah...sudah satu tahun tujuh bulan blog saya ditinggalkan tanpa tuan. Sepi. Kosong. Tanpa isi. Walaupun masih ada yang menjengah. Allahu Allah..Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus menulis di laman blog yang tidak seberapa ini. Menyampaikan walaupun satu ayat, dan bermanfaat untuk yang membaca..

Posting terakhir saya, sejak mula meninggalkan bumi Kedah setelah berhempas pulas berada di alam kampus.  Masa tu, balik kampung kerana pengajian dah tamat dan kebetulan dapat surat panggilan interview.  Allah Maha Besar.  Ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Alhamdulillah, selepas diinterview Allah bagi rezeki.  Kemudian mula bertugas. Sejak itu, dunia blogging sudah semakin lupus dek kerana kesibukan bekerja. Rupanya, beginilah alam pekerjaan.  Sangat sibuk.  Kalau ada masa free, disitulah ruang untuk berehat digunakan sepenuhnya.  Walau bagaimanapun, alam kuliah tetap dirindui sehingga kini dan masih bercita-cita untuk terus berada di alam kampus! Doakan.

Tak sangka pulak, walaupun meninggalkan blog begitu lama, masih ada yang datang menjengah. Mungkin saja menyinggah secara tak sengaja.  Terima kasih tetamu blog saya.  InsyaAllah saya usahakan untuk terus menulis dengan tulisan yang tidak seberapa.  Berkongsi seadanya ^^

Banyak kisah yang boleh dikongsikan jika dihitung tempoh masa satu tahun tujuh bulan itu.  Tak cukup satu posting kali ini ^^ gembira kerana masih ingat password blog ini.  Terima kasih Allah.  Kalaulah password ini saya lupa, pastinya terkubur juga laman www.rindubulan.blogspot.com ini.  Blogspot juga sudah berwajah baru. Aduh, sudah sangat banyak yang saya tertinggal dengan eksplorasi dunia blog! huhu

Apa-apa pun, semoga permulaan pertemuan setelah meninggalkan laman blog tersayang ini, menjadi titik permulaan untuk saya meneruskan dunia 'penulisan' kecil.  Semoga  contengan-contengan ayat ini menjadi penanda aras untuk saya meneruskan minat dan terus belajar untuk 'mengayat' ^^  

AKU BUKAN SIAPA-SIAPA (*_^)





Saturday 27 October 2012
Posted by AnakBulan
Tag :

Lama-lama Berlama-lamaan..apa2 sajalah labuuuu

Assalamualaikum...

Salam rindu dan salam kasih sayang utk semua hamba Allah yang sempat singgah ke blog ku...sepertinya 'blog berhantu' kan?? almaklum...posting terakhir AnakBulan pada 07 November 2010..hmmm..sangat lama blog dibiarkan kosong tanpa sebarang pengisian...

Alasan yang sama: BUSY... :( sedih dgn alasan yg sama...

Semoga posting kali ini mampu memberi bibit-bibit semangat agar kembali segar dengan himpunan topik istimewa. Topik kali ini harap2 agak santai namun agak emosional..hehe..alhamdulillah, AnakBulan baru sahaja selesai menamatkan pengajian Sarjana..syukur yang tidak terhingga...sangat banyak memori di UUM..dan semuanya Allah yang aturkan..terima kasih ya Allah..rupa-rupanya, sangat indah perjalanan hidupku yang telah Kau aturkan...

Jika dihitung-hitung kembali perjalanan belajar secara 'formal' di kampus, lebih kurang sudah 10 tahun 2 bulan prosesku belajar..rakan-rakanku sudah lama membina pengalaman bekerja...aku pula masih diulit pengalaman sebagai seorang pelajar..manakan tidak, dari Sijil, Diploma, Degree dan akhirnya Master...(^_^) sangat indah...kerana perjalanan yang lama inilah, aku membina keyakinan diri dan rasa tidak putus asa..apa yang aku semakin yakin sekarang ini, Allah lebih tahu mana yang tebaik untuk hambaNya..sukacita atau dukacita selepas ini, itulah sebenarnya yg terbaik buat diriku...aku terima dgn redha...

hmmmm...5 tahun berada di UUM. Agak sedih meninggalkan semuanya di sana..perancangan pulang kampung pun semuanya secara tiba-tiba, kerana panggilan kecemasan dari kampung halaman...kalau diikutkan, mahu saja AnakBulan berfoya-foya dahulu dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah di sana untuk memberi dan menerima motivasi buat yang memerlukan dan juga untuk diriku sendiri, namun apakan daya...semuanya telah diatur oleh Allah...


Berikut merupakan gambar kenangan bersama rakan dan adik junior serta family angkat yang sempat menghantar ke airport Alor Star sebelum pulang ke Sabah...sangat terharu...








Gambar di bawah ni pula, hadiah-hadiah yang mereka titipkan buatku sebelum masuk ke balai berlepas airport Alor Star...hmmm..terima kasih semua..semoga ukhuwah terikat rapi sampai bila-bila...sangat terasa istimewa...


Rasanya, cukup dululah sampai sini..hanya sebagai mukaddimah setelah sekian lama meninggalkan dunia blog..semoga selepas ini saya semakin aktif berblog, dan berkongsi pengalaman dan apa jua ilmu yang bermanfaat.... (^_*)


Sunday 6 March 2011
Posted by AnakBulan

Banjir & Jalan-jalan

Assalamualaikum

Semoga banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan semakin surut. UUM tidak terkecuali daripada banjir tersebut. Seingat aku, ketika aku semester satu degree dulu, UUM juga banjir. Namun, aku tiada kerana sengaja tidak datang untuk mengelak dari minggu orientasi. Malas mahu bersesi orientasi untuk batch yang tidak ramai. Batch banjir. Rata2 bekas pelajar diploma yang diterima masuk untuk bulan Disember pada masa tu. Tak sangka pula banjir...huhu..kali ni, banjir lagi. Last semester insyaAllah untuk pengajianku kali ni. Seolah2nya ucapan selamat datang dan selamat meninggalkan UUM daripada 'banjir'. Terima kasih banjir. Aku tahu ada hikmahnya. Hikmahnya, aku jalan-jalan di KeheL.hahaha...adui..tiada pilihan. Flight AK5152 dari KL-Alor Star terpaksa dibatalkan kerana banjir dan airport ditutup di Kepala Batas, Kedah. Akhirnya, pilihan yang diberi oleh officer Airasia adalah samada tukar haluan ke Langkawi atau Penang. Aku pilih Penang, tapi tarikhnya juga kutukar ke tarikh lain memandangkan kuliahku juga dibatalkan. waa..banjir..hikmah la tuu...kalau tidak masakan aku boleh jalan-jalan di KeheL ni dan bertemu dengan rakan lama.

Thanks Masni, sebab tumpangkan aku di rumah sewamu..hehhe..Lokasi jalan-jalan tidak lain dan tidak bukan, Jalan TAR dan Sogo..huhu..balik2 lokasi tu..macam tiada tempat lain. Shopping??? Oh tidak...Sekadar mencuci mata melihat2 barang jualan dan membantu jurujual bercakap lebih..hahaha..bacat jurujual..ditanya banyak oleh customer yang ini, akhirnya customer tak jadi beli..yeah..customer is always right! Cuma beberapa blous yang sempat disambar..tapi bila balik rumah, saiz yang salah..huhu..esok terpaksa balik lagi ke kedai tersebut dan menukar saiz..haduih..penat!


Ok. Sekian...(hahahaha..ayat malas mau buat penutup..apa punya posting laaaa)
Sunday 7 November 2010
Posted by AnakBulan

Aktiviti Cuti

Assalamualaikum

hmmm..aktiviti cuti? waaa..hebat kali ni...kerana aku menjadi penjaga rumah dan 'fattaranak' (bahasa Bugis)=penjaga adik2..ya begitula..ok la jugak kan..berehat2 d rumah, tapi terasa agak sunyi sebab bapa n makcik tiada d rumah. Semoga mereka selamat pergi dan pulang dari menunaikan ibadah haji..kisah lainnya, aku jadi pengganti bapa untuk sementara mengajar anak2 jiran mengaji quran.hehe...aku suka pegang rotan! hahaha..yang pasti, ada gak yang meleleh mata budak2 tu aku kerjakan sebab takut n mungkin juga boring aku mengajar..heheh....semuanya untuk kebaikan, bukan mahu merotan suka2..tapi, mahu mereka tumpu perhatian..tapi, entahla..aku suka tengok budak2 tu keseraman..haha..jaahaatttnyaaa laaa....teori behavi0risme..agak menarik.

Cerita lain...haaa result exam sudah keluar. Alhamdulillah, result diluar jangka ;) blink blink blink.. insyaAllah hanya tinggal satu semester lagi dan yang pasti mesti semakin busy kerana ada tesis untuk last sem yang akan bermula pada November tahun ni..waaa hanya tinggal beberapa hari lagi ni..errrkk..berdebar2 jantungku...takut, seram, gemuruh..semuanya sudah terasa untuk menghadapi semester akhir insyaAllah..Semoga Allah memudahkan segala urusanku dan lulus. 5hb November akan pulang semula ke kampus..

Hari ni sempat lagi berjalan2 setengah hari bersama sahabat saya Lidia. Syok rasanya, kerana sudah lama tidak meredah bandar Tawau..makan ABC teler + Bakso..peeweeett.. i like..pantolannya enak ya..hahaha


ahhh..cerita makanan pulak..kelasi betulla..silala datang ke Tawau kepada yang belum merasanya. Oh ya, ari ni sempat lagi jumpa beberapa orang yang memang langsung saya tidak kenal. Kononnya rakan sekolah di Bentol dulu..ahh, budak itu kata aku sombong..wawawawawa..suka2 aja dia ya..pesanan untuk orang itu 'lain kali perkenalkan diri dulu, bagi saya ingat..insyaAllah saya ingat..otak saya bukan macam memori komputer..rupa dulu2 sudah ramai yang berubah2..jangan sergah2 bagi salam macam orang gatal bagi salam lepas tu tiba2 kata sombong"..aduuiii...huhu..




Friday 29 October 2010
Posted by AnakBulan
Tag :

Kajianku Tesisku....???




Assalamualaikum


Salam rindu kepada blogku...rindunya..sudah lama tuannya tinggalkan. Maaf blogku, tuanmu sangat sangat sangat bz. Kena uruskan hal yang lebih utama..huhuhu..apa ka halnya aku bercakap dengan blogku ni? ah..ndak kesah laaa..haha

Alhamdulillah..segala urusan telah selesai hari ini, semester kali ini..sepanjang meninggalkan blogku untuk sementara waktu (yg agak panjang) ala2 musim panas..hehe..banyak cerita..suka, duka, pahit, manis dan sebagainya. Dari hal keluarga, kawan-kawan termasuk urusan pengajian..Syukur ya Allah diberi segala kemudahan atas segala urusanku. Ahad ini insyaAllah 10/10/10 akan ku kembali lagi ke tanah airku sempena cuti semester...harap2 yang terakhir kali cuti kali ini, kerana insyaAllah hanya berbaki 1 semester sahaja lagi untuk menghabiskan pengajianku kali ini..Selepas ini, mungkin akan berlaku transformasi hidup atau masih kekal di takuk lama..atau apa2 la yang memungkinkan segala kemungkinan menjadi kenyataan itu semua urusan Tuhanku..ku terima adanya..kerja atau menyambung pengajian lagi..insyaAllah masih dalam perancangan dan tetap merancang..tapi aura yang pasti ialah kerja + sambung pengajian..Bila sembang bab pengajian dan belajar..aku suka :) ..kerana aku rasa ia satu pengembaraan yang indah ;)


Hmmm..berkaitan tajuk posting kali ni, ya..aku letakkan sebegitu kerana ia mahu begitu..haha..apa2 la labu, suka hati i laaa..hehe..semoga proposalku kali ni diterima untuk tajuk yang aku pilih sendiri. Semuanya berkaitan minatku bab-bab web2.0 atau laman2 sosial ni...hehe..insyaAllah berkaitan Facebook..Menggunakan segala platform yang ada untuk kebaikan dakwah, mungkin ada lagi yang masih 'laggard' berkaitan benda2 alam maya ni...hakikatnya, benda2 beginilah yang digunakan sepenuhnya oleh orang muda zaman sekarang ni kan..rugi tidak terjun bersama dan meneroka bersama sambil mengutip cebisan kebaiaknnya dan menghebahkan keburukannya kepada orang lain...


Rasanya cukup sekadar ini dahulu..untuk sahabat2 lain yang ingin sembang bersama saya boleh join bersama di laman www.cahayafm.net, di laman sembangnya..setakat ni, aku suka lepak situ..hehe..sambil buat kerja. Ok cerita akan datang akan tetap diupload...rindu pada sang bulan.. (*_^)
Thursday 7 October 2010
Posted by AnakBulan

The Power of 'Power Ranger'??

Assalamualaikum....

Kecelaruan punya tajuk..apa-apa saja la labuuu..hmmm..di hening subuh yang dingin, otak agak lambat untuk memikirkan tajuk posting yang indah-indah kali ni. Tangan pun rasa kaku kerana sudah jarang melewati blog dan mengisinya dengan maklumat terkini dari empunya blog.

Mesti ramai tertanya-tanya, apakah halnya saya meletakkan tajuk posting sebegitu rupa kan? hmmmm..apa pulaklah kaitannya dengan power ranger? hehe...sekadar tajuk..'power ranger' yang saya maksudkan ialah 'helmet'. ya, helmet! itulah power rangerku yang baru dibeli...tapi transformer=motosikal tiada la pulak...akan dibonceng oleh sahabat baikku sepanjang pengajianku kali ini..hehe..semoga pergerakan kami seperti belangkas selepas ini dengan perancangan yang berfaedah insyaAllah...

Maklumat lain apa ya?? entahlah..otak agak 'hang' kali ni...tak tau nak kongsi apa lagi..tunggu di lain waktu pulak..kalau ikutkan, sekarang ni waktu untuk mencari bahan asssignment, jurnal, etc..tapi, terlalu banyak kerja, mood masih belum tiba..lepas ni tido la..semoga esok Allah bagi ilham untuk meneruskan proses menyiapkan tugasan yang semakin banyak dan memeningkan...itu dah jadi perkara biasa..insyaAllah selesai la jugak nanti..ok..Sekian.. (*_^)
Wednesday 28 July 2010
Posted by AnakBulan

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -