Posted by : AnakBulan Saturday 4 October 2008

Alhamdulillah..aku baru saja tiba di bilik kesayanganku di hostel kampus.benda pertama yang aku buat bila masuk je bilik ni ialah ‘on’ pc. Macam biasalah, hobiku tiap2 hari di kampus. Kalau tak ada tugasan atau keperluan penggunaan pc ni, memang aku wajibkan on tiap-tiap hari.hehe.pc inilah yang menemaniku dari aku semester 1..salah satu list aset kesayanganku kerana aku rasa pc ni dah jadi macam teman baikku.walaupun besar gedabak tak macam laptop student sekarang ni, aku masih berdesktop. Lantaklah, yang penting aku boleh buat kerjaku dengan pc ni..

Kepulanganku dari menyambut hari-hari terakhir Ramadhan dan permulaan Syawal di kampung halamanku, membawa seribu satu makna dalam hidupku. Sepanjang 11 hari bercuti di kampungku, banyak pengalaman yang aku rasa tak sama nilainya dengan syawal tahun-tahun yang lepas..seribu satu macam perasaan yang tersirat dan kupendam bila saja aku bertemu dengan ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku. Lain macam rasanya perasaan ni, susah sangat nak explain.

Kepulanganku di bumi Tawau 23hb Sept bersamaan 23 Ramadhan lepas, disambut dengan bermacam-macam perasaan. Sahabatku yang datang menanti dan menjemputku di airport Tawau, Amirah izzati dan Amsa’ namanya..Thanks Mirah, dapat gak sahabatmu ni merasa kereta barumu.hehe. Ayahku sudah bersiap sedia di rumah menantiku dengan makanan kegemaranku. Ayam lelek dan soto ayam..tak sempat nak amik gambar makanan tu sebab excited sangat makan sampai lupa ole-ole untuk blog ni.hehe..

Apa-apa pun aku sangat bersyukur yang tak terhingga sebab dapat jumpa familiku dan sahabat-sahabatku yang lain..anak sedara dah lima orang.alhamdulillah.. raya tahun ni, banyak gak la duit raya aku dapat..haha..layak lagiii tuuu..hehe

1 Syawal, macam biasalah…hari untuk keluarga dan ziarah kubur arwah mak dan ziarah sanak saudara yang lain..salah seorang dari mereka ialah, pakcikku @ bapa saudaraku yang sedang terlantar sakit. Sedih melihat kesihatan bapa saudaraku dan tiba-tiba aku teringat dengan arwah mak yang pernah terlantar sakit. Sudah 11 tahun pemergian ibu kesayanganku. Rindu yang teramat sangat. Semoga ibuku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.. Semoga bapa saudaraku sihat selepas usaha untuk berubat..amin..






2 Syawal, hari untuk aku dan sahabat-sahabatku ziarah menziarahi…perjalanan kami bermula seawal 10 pagi dan berakhir lebih kurang 10 malam…sebanyak 4 buah kenderaan konvoi dengan memuatkan seramai 13 orang semuanya. Itulah antara sahabat-sahabatku. Itupun ada lagi yang lain yang tak dapat join kerana ada agenda masing-masing. 13 orang sahajalah yang dapat dikumpulkan pada hari tersebut..seingatku, sudah 11 tahun kami bersahabat..11 TAHUN!!!..fuuhh!!..bukan senang untuk bersahabat sehingga mencecah keangka 11 TAHUN..sampai ke hari ni..semoga persahabatan kami kekal sampai bila-bila. Aku terlalu sayang sangat dengan sahabat-sahabatku di sana..sayang sangat..

Apa yang menyedihkanku, sebelum menziarahi rumah terakhir sahabatku, sempat lagi kami berborak dari hati ke hati..pandanganku, aku rasa seolah-olah pertemuan syawal kali ni bersama mereka seolah-olah yang terakhir sebelum kami masing-masing terkeluar dari list ‘single’..sudah ada aura yang berkemungkinan ada antara sahabatku yang akan mendirikan rumahtangga pada tahun depan. Walaupun tiada khabar angin yang mengatakan demikian, tapi aku yakin..i’Allah ada dikalangan mereka yang bakal kearah itu. Auranya terlalu kuat yang dapat aku rasa..pastinya kehidupan selepas berumahtangga berbeza dengan kehidupan ‘single’..mungkin sudah susah untuk kami bertemu seperti syawal setiap tahun..selepas rumah terakhir yang kami ziarah, tiba-tiba air mataku mengalir bila saja aku memeluk sahabat-sahabatku sebelum kami bersurai dan sebelum kepulanganku pada esoknya, 3 Syawal ..sedih..tak tahu dari mana datang perasaan dukacita…erat aku peluk sahabatku..mungkin lepas ni diorang dah berpindah milik..sedih sangat-sangat..mungkin susah untuk bertemu begini selepas ini…

3 Syawal adalah hari terakhir aku berada di Tawau. Flightku pukul 9.10pm pada hari tersebut. Inilah kali pertama semua ahli keluargaku menghantarku di airport. Terharu sangat. Memandangkan semua dah berkumpul, 2 buah kenderaan konvoi menghantarku pulang. Sebelum masuk ke balai berlepas aku sempat bersalaman dengan setiap ahli keluargaku yang dimulai dengan ayahku..sedih giler..aku cium pipi kanan dan kiri ayahku..seterusnya, ibuku (mak ke-2) dan adik-adikku..sempat aku titipkan agar jaga ayahku baik-baik..risau dengan kesihatan ayahku..aku pun sayang ibuku yang juga pengganti arwah mak selepas ketiadaannya atas usaha adik-beradikku untuk menjodohkan semula ayah supaya ada yang menjaganya dan menjaga adikku..abang dan kakak iparku serta kak sepupu yang merisik..kami adik-beradik dah berpakat..alhamdulillah, dah 7 tahun usia perkahwinan ayah. Kami semua rasa bahagia dengan kehadiran ibu baru..rajin dan suka gelak..seterusnya, aku peluk abang kandungku yang sulung..aku sayang sangat abang aku ni, walaupun kadang-kadang menjengkelkanku..hehe..kucupan di pipi dan dahi untuk adiknya yang nak balik..sedih sangat..(sambil taip ni pun aku nangis lagi..sudahlah mata!)..kemudian aku peluk kakak iparku..lama gak la..air mataku makin deras..entah kenapa..aku sayang sangat kak iparku yang sorang ni. Sayang sangat .sempat lagi kak iparku bisik ke telingaku ‘kakak sayang adik kakak ni’..terharu aku dan sedih gak..ciuman di pipi dan dahiku dari kak iparku..kemudian aku salam dan cium sorang-sorang anak saudaraku 4 orang, anak abang sulungku..orang terakhir aku salam ialah kakakku, anak kedua dari adik beradikku..lama gak la..bisikannya ke telingaku ‘belajar rajin-rajin’..ciuman di pipi dan dahiku dari kakak kesayanganku yang mirip arwah mak..aku sayang sangat kakakku ni..kemudian anak saudaraku sorang dari kakakku..payah sangat nak peluk anak saudaraku ni, nangis je..aku cubit je la pipinya..lagi nangis..haha..fuuuhh..seingat aku semester pertama dan semester last ni la yang aku menangis kat airport..semester tengah-tengah tu, rilek je..haha..tapi, tak adala sampai meraung macam budak-budak..ngeh ngeh..nangis terharu dan sedih meninggalkan semua yang ada di kampung halamanku.. mungkin setahun lagi kot baru aku balik ke sabah lagi..huhu..




Itu antara titipan terakhir sebelum aku balik ke kampus dengan seribu macam perasaan di jiwaku..kesimpulannya, my family and friends (macam pelan prabayar telefon mudah alih jee)...adalah orang-orang yang penting dalam hidupku..huhu..rasanya semua orang pun macam tu..kasih sayang mereka adalah antara yang paling bermakna dalam hidupku dan pengalaman yang paling berharga dalam hidupku..yang mungkin selepas ini aku boleh jadikan bahan cerita untuk anak-anakku nanti..huhu..amin..jadi, sayangilah orang yang sepatutnya berhak disayang dan rindulah pada orang yang sepatutnya berhak untuk dirindui..jangan bazirkan perasaan untuk insan yang tak sepatutnya. Rindu dan sayang sepertimana yang dah ditetapkan syariat..itu saja untuk kali ni..Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.


2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    tahun ni da book tiket ka :)
    jgn tak book nanti menangis lagi

  2. AnakBulan says:

    Tahun ni x balik raya lagi..huhu..jimat, jgn x jimat..mau x jimat, pas raya konvo plak..errr..semuanya memerlukan uwang..insyaAllah selagi boleh berdikari, diusahakan..jgn risau keluargaku..saya sihat di sini..

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -