Posted by : AnakBulan Tuesday 14 October 2008


13 Oktober 2008, 11:08:58pm


Sudah lama rasanya tidak ‘update’ blog. Terlalu sibuk dengan tugasan akhir terutama untuk pembentangan projek-projek akhir. Hari ini rasa terpanggil untuk mengisi kekosongan blog.

Cuma ingin melepaskan rasa kecewa pada diri sendiri, bukan pada orang lain. Semuanya gara-gara peristiwa semalam : Ahad, 12 Oktober 2008, 5.00pm.



Begitu tarikh, hari dan masa yang telah aku tetapkan untuk pertemuan SG (Study Group) bersama adik-adik untuk pertemuan minggu ini. Entah minggu keberapa jika mengikut takwim akademik kampus. Yang aku tahu, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menghabiskan kuliah semester kali ni. Semoga dimudahkan semuanya..amin ya Rabb..



Lanjutan dari peristiwa semalam, aku menetapkan tarikh dan waktu tersebut kerana rasanya sudah sukar untuk tetapkan waktu yang sesuai diakhir-akhir semester ini. Mungkin itu sahaja yang sesuai, lagipun tiada mesej masalah yang di ‘reply’ oleh adik-adik SG ku. Aku juga sudah rindu dengan mereka. Dengan perasaan berkobar-kobar bertemu mereka, aku melalui laluan pejalan kaki lebih kurang 15-20 minit dari hostelku ke fakulti yang dijanjikan, dalam keadaan hujan lebat dan aku basah lencun kerana tidak sempat membawa payung, syukur ada fail kecil yang kujadikan alas kepala dari rintik hujan..pakaianku tetap basah.



Aku tiba di fakulti seperti dijanjikan pukul 5.07pm seingatku..dalam kepalaku, aku sudah lewat 7 minit.. Risau adik-adik lain sudah menunggu seperti kebiasaannya. Aku menjenguk di kerusi-kerusi yang ada, namun tiada satu wajah pun yang aku kenali..nampaknya, adik-adikku belum tiba lagi..tidak mengapa, aku tunggu juga...dalam keadaan kesejukan, aku gagahkan juga duduk di kerusi kosong yang tersedia di kawasan tersebut, sambil membaca bahan yang akan aku sampaikan yang juga sedikit basah kerana hujan, dengan iringan alunan nasyid dari ‘mobile’ ku..Hampir sejam aku menunggu dalam keadaan yang sejuk dek kerana pakaian yang basah lencun..boleh diperah air hujan ditudungku yang lencun..gagahkan jua..Hampir sejam, namun tiada juga kelibat yang aku nantikan. Nampaknya tiada seorang pun yang datang minggu ini..Sedih juga dan sedikit kecewa..kupujuk hatiku, aku muhasabah diri..mungkin ini silapku, bukan salah sesiapa pun. Ya Allah, lemahnya aku dalam mengorganisasikan kelompok yang kecil yang aku panggil ‘usrah’ ini...terasa bersalah pada diri dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan..ini baru kumpulan kecil..tiba-tiba teringat kata-kata ustazku, ‘kita ini belum dikira istiqamah sekiranya kita belum bergerak kerja dengan adanya keluarga sehingga anak yang ke-4’. Maksudnya, apa jua rintangan yang datang sebagai da’ie dalam berdakwah, belum dikira dan dicop ‘istiqamah’ sehingga kita berkeluarga dan ada anak seramai EMPAT orang dalam kondisi yang tetap dengan semangat juang dengan diiringi gerak kerja yang tetap...huhu..muhasabahnya..

Pukul 5.45pm aku cuba telefon adik-adik SG ku..tidak berangkat..nombor terakhir yang kudail juga yang berjawab..


Aku: “assalamualaikum. Dapat ka tidak mesej kakak hari ni SG?”
Adik: “wsalam. Dapat kak, sudah aku forward mesej tu dengan yang lain”
Aku: “kenapa tidak ada seorang pun yang datang?”
Adik: “ait..ya kah..”
Aku: “ ok lah..tak pa”


Sedikit kecewa…yang pasti aku sudah berusaha memberitahu kepada semua adik-adik beberapa hari sebelum kejadian..Akhirnya, mesej ‘maaf’ dari mereka yang kuterima..Dengan alasan, lambat habis kelas dan ada masalah.. itu sahaja..kenapa boleh lupa menghantar mesej sebelum SG bermula?? Aku cuba bersangka baik dengan alasan tersebut.



6.00pm ,aku pulang dengan seribu satu persoalan di kepalaku..di mana silapku kali ni?? Tidak pernah berlaku seperti minggu ini..sepanjang perjalanan, aku biarkan diriku berhujan. Biar aku basah, biar aku sejuk...mungkin inilah caranya aku koreksi diri...'brainstorming'...



“Ya Allah, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..eratkanlah Ya Allah...”


2 Responses so far.

  1. jihad says:

    kenapa rindu pada rembulan? bukan kepada Allah, Agamnay? nabinya?

  2. AnakBulan says:

    pastinya rindu pada Allah dan semua yg disyariatkan...Allah ciptakan siang dan malam utk manusia brfikir...

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -