- Back to Home »
- Isu »
- Pilihan Raya Kampus...yee keee???
Posted by : AnakBulan
Thursday, 16 October 2008
Semalam adalah hari Pilihan Raya Kampus (PRK). Seolah-olah bukan PRK. Tidak ada minggu kempen seperti kebiasaannya. Ramai yang terkejut dengan pembatalan kelas kerana kewujudan PRK di Sintok ini, termasuk pensyarah sendiri. “Haaaa…Election Day?!” ..Begitu antara kejutan para pelajar..
Mana tak terkejut, 2 hari sebelum mengundi baru ada yang perasan poster calon tertampal di setiap dewan penginapan. Itupun ada lagi yang tidak perasan. Aku sendiri, perasan selepas ‘flyers’ yang diedar oleh penyokong calon Cina di bawah pintu bilik..huhu..ternyata tidak sehangat sesi tahun lepas.
Padaku, semalam bukan seperti hari PRK. Tetapi seolah-olah hari pendaftaran kursus secara manual!!
“Sintok tidak sehangat kampus lain”
Post a Comment