Archive for July 2009

Sakit Dan Sihat

Salam kesihatan penuh kesyukuran...

Baru sahaja pulang dari jemputan majlis suaikenal adik-adik baru MARSIS. alhamdulillah, gembira melihat kesinambungan penerus mujahid mujahidah di kampus. Semoga adik-adik istiqamah, walaupun keberadaannya seolah-olah pokok semalu.

Teringat salah seorang adik junior yang baru sahaja sembuh dan pulang dari wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star Kedah. Suhasman namanya. iya bah si Suhasman. Alhamdulillah sihat sudah bah dia. Walaupun pada awalnya doktor mengesahkan kebarangkalian penyakit Denggi, namun akhirnya sepupu penyakit tu juga yang disahkan oleh doktor iaitu Malaria. Menurut doktor, Denggi ni adalah disebabkan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes dan ubatnya masih agak sukar ditemui. Malaria pula juga disebabkan oleh nyamuk Tiruk dan membawa parasit, ia agak bahaya berbanding Denggi tapi ubatnya dah ada. Itu je la yang faham seperti yang dimaklumkan oleh doktor hari tu. Apa pun, saya cuma ingin memfokuskan 'kedegilan' adik tu. Dah dinasihatkan berehat di kolej kampus, tapi dia masih berjalan-jalan lagi. Siap jadi penceramah lagi tadi..huhu..alhamdulillah rumate dan sahabatnya yang telah diamanahkan untuk menjaga kesihatannya di kampus juga bersama tadi. Apa pun, akak doakan semoga semakin sembuh. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar adik yang diceritakan tadi sepanjang keberadaaanya di wad hospital. Saksikanlah 'bintang-bintang' berikut:


kat belakang tu kelambu nyamuk


Baju 'raya' di hospital semua color hijau
Thursday, 23 July 2009
Posted by AnakBulan

Itulah AnakBulan! Rasakan tendangan 'Transformer'

Assalamualaikum dan salam penuh ketenangan...



Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk untukku. Sibuk dengan urusan penginapan dan assignment. Walaupun kelas hanya pada hari Sabtu sahaja, tetapi beban kerja yang juga merangkap assignment agak penglipur lara untukku.huhu..macam apa je..biasala, dah kembali menyambung ke status pelajar.


Hari ini, aku cuba menyiapkan tugasan yang diberi. Nampaknya, mulai dari semester ni aku perlu banyak recall dan review jurnal-jurnal yang agak memeningkan. Setiap subjek ada jurnalnya. Nak tak nak, aku kena berusaha untuk faham jurnal yang aku cari sendiri kerana ada tugasan pembentangan individu untuk tugasan tersebut.huhu..sakit kepala dibuatnya..


Seram sejuk gak aku bila masuk ke tiga-tiga kelasku..Semua classmate ku agak berusia sedikit dariku..berusia banyak pun ada. Yang paling menyeramklan semuanya berpengalaman bertahun-tahun lamanya dalam bidang pendidikan. Boleh dikira dengan jari berapa orang sahaja pelajar freshgrade. Wahwahwah seram kan?? rasalah keseramanyya kelas tu..tu lah wahai AnakBulan, sapa suruh AnakBulan, nak sambung gak study kan..amikmu..hahaha..iya-iyalaa..iyakan je laa..

Alamak, ok lah dulu..sampai sini sahaja trengkas yang tidak seberapanya ni..melalut melebih-lebih kang, assignment tak siap apa..huhu..ok..salam takzim penuh berduri..wahaha

Tuesday, 7 July 2009
Posted by AnakBulan

Menyambung Tersambung Disambung

Assalamualaikum dan salam ceria minda kepada semua pembaca blogku...


Sudah lama aku tidak meng'update' blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan praktikal yang bermula pada 15 Dis 2008 hingga 15 Jun 2009, enam bulan lamanya. 18 Jun 2009 aku pulang ke Sandakan, Sabah kemudian ke kampungku di Tawau, Sabah. Gembira rasanya balik kampung walaupun aku rasa seolah-olah macam mimpi kerana terlalu sekejap. Aku berada di Sabah selama 12 hari sahaja. Ala-ala lawatan tak rasmi je aku rasa. huhuhu...aku sempat pulang dan menyertai sukaneka PASTI Kawasan Tawau, meriah bukan main. Disebabkan aku menjual di gerai sukaneka tersebut, maka aku sekadar boleh melihat adik-adik PASTI yang comel beraksi di padang, begitu juga dengan bapak-bapak dan ibu-ibu adik2 tersebut. Sungguh meriah! Aku sempat bersua muka dan bertanya khabar dengan sahabat2ku yang sudah lama aku tidak jumpa. Terlepas jugalah rinduku pada ahli keluarga dan sahabat handai ku, termasuk jiran-jiran sekampungku..huhu


Aku pulang semula ke kampus pada 30 Jun 2009 untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar. Kepada sahabatku yang berada di Tawau, posting kali ini sebenarnya untuk tatapan korang kerana aku tidak menceritakan statusku sebenarnya semasa pulang ke kampung baru-baru ini. Sahabatmu ini sebenarnya telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Sintok ini juga. Sudah jemu di Sintok, tapi entahla kenapa Sintok juga yang aku pilih. Mungkin kerana malas nak kenal suasana baru seolah-olah budak baru orientasi.huhu..Maaf, kerana aku tidak memaklumkan. InsyaAllah dua tahun lagi. Sampai ke tua la aku di sini huhu. Doakan sahabat korang di sini agar dimudahkan semua urusan dan pengajian di sini. Semoga semangatku tidak luntur untuk meneruskan pengajian di sini.


Nampaknya cukup sampai di sini sahaja dulu aku melayangkan hasil trengkasku ke blog kesayanganku ini. Semoga hari-hari mendatang merupakan hari-hari yang ceria dan menyeronokkan untuk diriku agar dapat aku menjana semula suasana study yang indah. Senyum selalu, lapangkan fikiran dan tingkatkan prestasi kerja!
Thursday, 2 July 2009
Posted by AnakBulan

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels

Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -