Posted by : AnakBulan Thursday 2 July 2009

Assalamualaikum dan salam ceria minda kepada semua pembaca blogku...


Sudah lama aku tidak meng'update' blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan praktikal yang bermula pada 15 Dis 2008 hingga 15 Jun 2009, enam bulan lamanya. 18 Jun 2009 aku pulang ke Sandakan, Sabah kemudian ke kampungku di Tawau, Sabah. Gembira rasanya balik kampung walaupun aku rasa seolah-olah macam mimpi kerana terlalu sekejap. Aku berada di Sabah selama 12 hari sahaja. Ala-ala lawatan tak rasmi je aku rasa. huhuhu...aku sempat pulang dan menyertai sukaneka PASTI Kawasan Tawau, meriah bukan main. Disebabkan aku menjual di gerai sukaneka tersebut, maka aku sekadar boleh melihat adik-adik PASTI yang comel beraksi di padang, begitu juga dengan bapak-bapak dan ibu-ibu adik2 tersebut. Sungguh meriah! Aku sempat bersua muka dan bertanya khabar dengan sahabat2ku yang sudah lama aku tidak jumpa. Terlepas jugalah rinduku pada ahli keluarga dan sahabat handai ku, termasuk jiran-jiran sekampungku..huhu


Aku pulang semula ke kampus pada 30 Jun 2009 untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar. Kepada sahabatku yang berada di Tawau, posting kali ini sebenarnya untuk tatapan korang kerana aku tidak menceritakan statusku sebenarnya semasa pulang ke kampung baru-baru ini. Sahabatmu ini sebenarnya telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Sintok ini juga. Sudah jemu di Sintok, tapi entahla kenapa Sintok juga yang aku pilih. Mungkin kerana malas nak kenal suasana baru seolah-olah budak baru orientasi.huhu..Maaf, kerana aku tidak memaklumkan. InsyaAllah dua tahun lagi. Sampai ke tua la aku di sini huhu. Doakan sahabat korang di sini agar dimudahkan semua urusan dan pengajian di sini. Semoga semangatku tidak luntur untuk meneruskan pengajian di sini.


Nampaknya cukup sampai di sini sahaja dulu aku melayangkan hasil trengkasku ke blog kesayanganku ini. Semoga hari-hari mendatang merupakan hari-hari yang ceria dan menyeronokkan untuk diriku agar dapat aku menjana semula suasana study yang indah. Senyum selalu, lapangkan fikiran dan tingkatkan prestasi kerja!

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -