Posted by : AnakBulan Friday 19 September 2008





19 Sept 2008 / 19 Ramadhan 1429H, 01:21am


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta seluruh alam. Dialah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam dirafa’kan ke atas rasul akhir zaman Muhammad SAW..

Alhamdulillah, 18 Ramadhan telah berlalu. Namun, sejauh mana penghadaman pesta ibadah bagi kita sebagai individu muslim? Adakah 10 Ramadhan dipertengahan ini mampu dijadikan sebagai latihan untuk ke peringkat 10 Ramadhan terakhir nanti atau boleh dikategorikan sebagai peringkat finalis.. Apa pun jawapan kita, tepuklah dada dan tanya iman. Sahabatku, sama-sama kita renungkan, termasuklah wahai diriku…

Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita tinggalkan pesta ibadah ni. Seharusnya kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah swt masih memberi peluang untuk kita sebagai hambaNya yang hina lagi kerdil ini, untuk menikmati sekali lagi pesta sebegini. Pesta peringkat Antarabangsa yang tiada tolok bandingnya untuk umat Islam seluruh dunia, sekali dalam setahun. Inilah anugerah nikmat yang tidak terhingga dan bonus dari Allah yang seharusnya kita sebagai hambaNya merebut peluang ini. Semoga kita adalah insan terpilih untuk bertemu malam Lailatul Qadar sebagaimana yang diharapkan . Amin.

Bersamaan dengan 18 Ramadhan yang baru sahaja berlalu, barulah aku sedar rupanya banyak lagi kerjaku sebagai siswi yang aku belum setle kan lagi…Artificial Intelligent Project (M-Personality Profiling System), projek Fuzzy Logic, dan projek web..Begitulah resam pelajar, sentiasa sibuk dengan tugasan. Walaubagaimanapun, aku sentiasa rasa bersyukur kerana aku rasa ada saja yang Allah swt permudahkan ranjau perjalanan pengajianku semester ini. Walaupun kadang-kadang disulami dengan perasaan tension sampai ke tahap nak tebang pokok tepi jalan..huhu..perasaan je..biasalah..itulah nikmat study dan pengalaman perasaan yang Allah hadiahkan untuk aku nilai dari sudut positifnya.. :)

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah tumpang mengadu tension kat sahabatku berkaitan dengan projek akhir yang tak setle lagi..alhamdulillah lepas tu stabil jugak la balik..pukul 10.30am kemudian aku ke kuliah mingguan dengan rujukan kitab ‘Permata Yang Digilap Untuk Hati Yang Lalai’. Pengajian ala pondok di kampus, yang disampaikan oleh seorang ustaz yang amat aku sanjungi di sini. Banyak input darpada kuliah tersebut, walaupun ini baru kali ke-2 pengajian dimulakan untuk siswa siswi yang berminat dan insyaAllah akan diteruskan untuk minggu-minggu seterusnya.

Antara isi kuliah yang menarik perhatianku tadi ialah, kewajipan berdakwah dikalangan masyarakat dan juga keutamaan dakwah dengan diri sendiri untuk melawan semua sifat mazmumah dan yang paling penting ialah melawan hawa nafsu. Wajib untuk setiap individu muslim.

Dari sudut gerak kerja pula, perjuangan tanpa ilmu dan jika hanya atas dasar semangat sahaja semestinya mampu menguncupkan kejayaan sasaran dakwah itu sendiri. Setiap gerak kerja yang dilakukan bukan semata-mata kerana persatuan, manusia, atau apa sahaja tapi semuanya semata-mata kerana Allah swt..Itu pastinya jelas untuk semua pendakwah.



Apa yang mencuit hatiku tadi adalah perkaitan antara makhluk ciptaan Allah. Semua yang Allah ciptakan mempunyai sifat-sifatnya sendiri dan ada sebab kenapa Allah mensyariatkan dalam setiap perkara. Kalau dah Allah kata haram, maka haramlah ia. Contohnya ialah perkaitan antara Ayam dan Khinzir..seperti yang kita maklum dari sudut pandangan mata kasar kita sendiri, Khinzir adalah haiwan yang kawasan pembiakannya kotor. Sekiranya, ia ditempatkan di kandang kelas pertama sekali pun (ada makanan khas, bilik aircond, kandang dibasuh 5 minit sekali dengan pancutan air pembersih istimewa) ia tetap HARAM..kerana sifat-sifat binatang itu sendiri. Salah satunya ialah sifat ‘tidak cemburu’ (gitulah kot translation yang mudah untuk sifatnya)..Berbeza dengan sifat ayam. Tak kiralah ia spesis ayam apa sekalipun..ayam kampung ke, ayam bandar ke, ayam kelas pertama ke, ayam belanda tak belanda ke....) ia adalah makanan yang HALAL. Kerana sesuai dengan sifat ayam itu sendiri yang mempunyai sifat ‘cemburu’ yang jelas. Contoh situasi..seekor ayam jantan yang mampu menjaga kawasan perkumpulannya yang terdiri daripada beberapa ekor ayam betina dan anak-anak ayam dari sebarang gangguan. Kalau tak caya, cuba pegi kacau sekawan ayam yang ada kat kawasan anda..mesti ada salah seekor yang akan backing..hehe..contoh je la yee..jadi, antara ayam dan khinzir memang dari segi sifatnya dah berbeza. Jadi, kita sebagai manusia yang akan memakannya pun pasti akan memberi kesan, samada khasiat yang kelihatan atau tidak kelihatan..contohnya kesan dari segi sifat perwatakan manusia itu sendiri...Itu baru menyentuh kesan sifat haiwan halal dan haram itu sendiri, tak masuk lagi khasiat baik dan buruk untuk daging haiwan tersebut..hmmm… sampai ke tahap itulah Allah nak jaga hambaNya dari sudut pemakanan..Subhanallah,nikmat yang sehalus-halusnya..itulah keistimewaan kita sebagai umat Islam, sehingga ke sekecil-kecil perkara pun Allah jaga. Betapa kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmatNya..Alhamdulillah..i’m proud to be a Muslim..

Oopss..dah pukul 2:23am. Mata pun dah ngantuk, dan rasanya cukup sekadar itu dululah perkongsian ilmu untuk hari ini. Harap-harap sahabat-sahabat yang membacanya faham dengan apa yang disampaikan. Semoga ia bermanfaat. Maklumlah, baru training nak jadi penulis blog kan :p jadi mungkin ada yang faham dan ada yang tak faham. Maaflah kalau tak faham.hehe.. Esok nak bangun awal dan sahur insyaAllah. Lepas tu ada agenda lain dengan adik-adik junior untuk hari esok..nantikan ‘posting’ yang seterusnya.. :)

Siapa AnakBulan?

My Photo
Insan biasa sahaja. Masih bertatih atas dunia utk mengenal yang Esa. Blog ini kembara saya. Cinta kasih saya untuk semua hamba Allah.

My Facebook

Popular Post

Visitors

Labels



Pages

Powered by Blogger.

Camly - A Responsive Blogger Theme, Lets Take your blog to the next level.

This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself.


This is an example of a Optin Form, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. Find out more...


Following are the some of the Advantages of Opt-in Form :-

  • Easy to Setup and use.
  • It Can Generate more email subscribers.
  • It’s beautiful on every screen size (try resizing your browser!)

Sahabat AnakBulan

Subscribe Via Email

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

Your email address is safe with us!

- Copyright © Rinduku Pada Sang Bulan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -