- Back to Home »
- Nukilan Nurani »
- Praktikal : Teori vs Kemahiran
Posted by : AnakBulan
Tuesday, 23 December 2008
Salam kasih sayang untuk diriku dan pengunjung blog...
Hari ini genap 9 hari aku praktikal di lembah Sintok ini. Setiap hari ada kalanya sibuk dan tidak sibuk. Biasalah, minggu pertama dan bulan pertama memulakan praktikal. Di sinilah ruang untuk aku praktikkan ilmu teori yang aku pelajari sepanjang 3 tahun di Sintok. Kadang-kadang terfikir juga di otakku, orang yang bijak dari segi teori ni tidak semestinya cemerlang dari segi praktikalnya. 'Belajar untuk lulus exam', begitulah ungkapan yang biasa kudengar dikalangan siswa sisiwi di mana-mana universiti. Hakikatnya, orang yang tidak terlalu bijak dari segi teori selalunya boleh mempraktikkan ilmu lebih baik dari orang yang suka 'menghafal' fakta dari buku nota..huhu..Walaubagaimanapun, jika teori dan praktikal dapat digarab dengan sempurna, sesungguhnya siswa siswi tersebut adalah antara yang cemerlang ditambah lagi dengan sifat rendah diri, ikhlas dan sentiasa ingin tahu...Untuk diriku pula, masih cuba untuk tahu banyak perkara..Antara teori dan praktikal,dua-dua perkara yang penting!
Post a Comment